Wednesday, 9 September 2009

Bantuan Khas Raya Kakitangan Sokongan | Nizar News

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember."Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan Rabu.Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.-- BERNAMA

p/s: Sila bagi komen....

1 comment:

  1. takpe..Najib sedang bermain api.nampaknya. tak ingat ke kekalahan teruk PRU12 antara sebabnya bonus tidak diberikan pada masa itu. ingatlah kakitangan kerajaan banyak sedara mara yang tidak kerja kerajaan. so...sendiri mau ingat nanti. jangan berani mencabar. kelak teruk padahnya. akhirnya BN terus tumbang untuk selamanya. jgn terlalu berkira najib. ambil contoh pentadbiran Mahathir yang mengutamakan rakyat. paling kurang pun dia bagi semua sekali setengah bulan gaji bonus. takpe. PRU 13 akan beri kejutan selepas ini. tunggu dan lihat

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)