Kapal
Tentera Laut Diraja Malaysia sedang membuat rondaan di Tanjung Labian,
berhampiran tempat di mana lebih 100 orang lelaki bersenjata berkampung
di Lahad Datu, Sabah. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 13 Mac
— Unit peronda Tentera Laut Filipina awal hari ini telah memintas
pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam dua bot di perairan
Tawi-Tawi.
Menurut laporan media Filipina www.philstar.com, jurucakap tentera
laut mereka, Lt. Commander Gregory Fabic berkata, bot yang membawa 35
pengikut sultan itu di kawasan berhampiran bandar Andoligan sekitar jam
6.30 pagi tadi.
Turut dirampas daripada bot yang dinaiki mereka adalah beberapa unit senjata api dan bahan letupan.
Dalam penahanan itu, terdapat seorang wanita dalam bot berkenaan.
Fabic berkata, mereka masih menyiasat sama ada pengikut sultan Sulu
itu mahu memasuki Sabah, lokasi di mana militan yang mendakwa sebagai
“Tentera kesultanan Sulu” berkubu sejak sebulan lalu yang turut
mengakibatkan pertempuran berdarah antara militan Filipina itu dengan
pasukan keselamatan Malaysia.
Sejak pertempuran antara pasukan Malaysia dan kumpulan bersenjata
bermula pada 1 Mac, sejumlah 67 orang telah terbunuh, termasuk 56
militan Filipina, lapan anggota polis Malaysia, dua tentera Malaysia dan
seorang remaja, yang masih belum dikenalpasti kewarganegaraannya /~TMI
Cabul wanita dalam pasar lelaki ditahan
7 hours ago