.

Monday, 30 July 2012

UNCLESEEKERS DAH KEMBALI - Jom Terjah!

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 1)

Salam semua...

Minta maaplah banyak-banyak sebab tiada sebarang kabaran dari aku sendiri. Untuk pengetahuan korang semua selepas saja aku dibebaskan pada 14-7-2012, peguam aku terus bawa lari aku keluar dari wilayah JOHOR. Pemandu peribadi yang bawa kereta jenama 3 bintang tu lari macam pelesit! Sekejap-kejap peguam aku Tanya pemandunya sama ada orang follow tak? Aku plak dok layan ipad dia sampailah Kuala Lumpur. Macam-macam berita dalam akhbar tentang penahanan aku tapi yang paling besh sekali pelbagai komen nakal dari pelbagai forum. Sejak dari dulu lagi aku berpegang kata-kata Imam Ali.“Manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka tidak tahu”. Untuk mereka yang bersifat begitu, don’t worry, aku sentiasa memafkan anda semua.

Peguambela Mr T.Kumar

erbalik cerita tentang peguam aku tadi, kalau tak silap aku tak kurang dua kali pemandunya mengingatkan beliau bahawa minyak kereta perlu di isi. “Try to find in Melaka”. Kalau kereta bawah 1000cc memang comform aku maki kaw-kaw punyer sebab bawa kereta tekan minyak macam mak abah tiri dia punya jalan!
“Berapa harga kereta masa you beli kereta ni?” Peguam aku menjawab secara acuh tak acuh sambil menulis sesuatu di computer ribanya jenama [(SONY VAIO)*edited] yang terbaru. Cun sioot! “Around eight hundred thousand”.

Aku pun berenti sekejap meneliti forum-forum yang aku baca tadi dan melihat sekeling dalaman kereta tersebut. Aku pun cakap dalam hati... “Good things cannot be cheap, cheap things cannot be good”. Sampai sahaja di stesen minyak, (aku tak ingat kat maner) aku pun turun terus cari tandas. Lepas melepaskan kelegaan, tetiba beberapa anak muda (kalau tak silap bakal guru) turun dari bas dan datang ke arah aku dan meminta izin untuk bergambar.

Yang paling pelik, punyalah banyak lalat kat stesen minyak itu sampaikan berpuluh lalat masuk dalam kereta. Selepas mengisi minyak, pemandu tersebut terus meluncur dengan laju terus ke Kuala Lumpur. Tak kurang 5 kali peguam aku Tanya pemandunya samada ada orang ‘follow’ tak? Aku pun tanya peguam aku tu kenapa asyik tanya benda yang sama. Dia pun cakap. “Nanti I cerita”. baca  selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist