.

Tuesday 22 May 2018

Jamal Yunos ditahan

Jamal ditahan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 1.15 petang tadi.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini hari ini.

Jamal ditahan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 1.15 petang tadi.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor sejurus selepas tangkapan dibuat, Jamal kini ditahan di hospital itu kerana sedang menjalani rawatan.

Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei 2018 lalu.

Mazlan turut berkata, ada beberapa lagi kes berkaitan suspek yang sedang disiasat selain dua waran tangkap yang akan disempurnakan selepas suspek menjalani rawatan.

~awani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist