Sunday, 20 May 2018

Dr Mahathir atau Anwar: Islam paling utama - Abdul Hadi

PAS mengharapkan proses pertukaran kuasa yang bakal berlaku selepas pembebasan Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menimbulkan keresahan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam menghormati pilihan rakyat yang memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan baharu di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berharap konsep federalisme mestilah dihormati mengikut perlembagaan negara.

“Terpulang kepada kerajaan yang diberi kuasa untuk menentukan bagaimana proses pertukaran Perdana Menteri itu dilaksanakan.

“Bagaimanapun, proses yang dilaksanakan itu mestilah betul, baik dan menjamin. Pada PAS apa yang penting adalah Islam mesti menguasai negara kerana majoriti rakyat adalah Islam,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu, di Kuala Nerus, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai perancangan kerajaan PH yang dijangka akan menyaksikan pertukaran kuasa antara Anwar dan Mahathir.

Abdul Hadi turut mengingatkan bahawa pihaknya akan sentiasa berdiri tegas terhadap sebarang ganggu gugat terhadap rakyat dan umat Islam di negara.

“Saya ingin mengingatkan bahawa sebarang langkah yang menjejaskan rakyat dan Islam di negara ini, PAS akan berdiri teguh mempertahankannya,” katanya.

mailto:cnews@nstp.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)