.

Wednesday 12 April 2017

Terkini : pengumuman Dari rafizi

Seperti mana yang dijanjikan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau akan mendedahkan nama bekas pemimpin kanan Pas yang dikatakan menerima dana haram dari 1MDB yang mengalir ke akaun peribadi Najib Razak ke akaun bekas pemimpin Pas berkenaan.

Beliau akan membuat pendedahan itu dalam sidang akhbar khas yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya tengah hari esok.

Sementara itu keesokannya Rafizi akan membuat laporan SPRM bersama dengan maklumat yang diperolehi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam satu imel yang diterima oleh blog ini sekejap tadi. 

Berikut adalah sebahagian kenyataan akhbar itu: 

"Saya akan menamakan tokoh bekas pimpinan PAS yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang disiasat dalam satu sidang media pada jam 1tengahari esok (Khamis, 13 April 2017) yang akan disiarkan secara #FBLive di laman Facebook saya.

"Pada hari Jumaat, 14 April 2017 jam 11 pagi saya akan membuat laporan SPRM bersama-sama dengan maklumat yang saya perolehi di Ibupejabat SPRM, Putrajaya.

"Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan saya kerana niat saya adalah jelas: rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara seperti skandal 1MDB agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil."

Sebelum ini banyak pihak mendesak agar Pas membuat pengakuan berhubung dakwaan beliau itu. Beberapa pemimpin Pas termasuk presidennya Hadi Awang menafikan tuduhan Rafizi itu dan menganggap Rafizi berbohong 300 peratus.

Saya juga ada ada membayangkan bahawa orang yang dimaksudkan Rafizi itu saya mengenalinya. Kita sama-sama tunggu esok dan lusa. [wm.kl.12:48 11/04/17]  mso

2 comments:

  1. Hare piji... Mcm taik lg cerita hang la ni

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist