KUALA LUMPUR:
Selepas isu dua Menteri Besar BN bakal ditukar, dispekulasikan Mingguan
Malaysia (Utusan) semalam, beberapa blog tampil membuat andaian negeri
manakah yang akan berlaku pertukaran itu.
Dalam beberapa blog pro Umno, beberapa negeri disebut sebagai 'paling beresiko' untuk ditukar dengan menteri besar yang baru.
"Paling
berisiko akan diganti ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan
Yaakob yang berada dalam senarai atas pertukaran menteri besar sejak
sebelum pilihan raya lalu.
"Selain
itu, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Sabah juga mungkin
berhadapan risiko digantikan berikutan masalah dalaman negeri yang tidak
berkesudahan.
"Namun mungkin juga kejutan akan berlaku di utara Semenanjung Malaysia, Perlis," tulis blog mykmu.net yang buat telahan.
Isu pertukaran menteri besar diulas dalam satu tulisan Bisik-bisik Awang Selamat di akhbar Umno itu semalam.
Tanpa
menamakan nama mana-mana menteri besar yang dimaksudkan, tulisan dalam
akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga
sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti.
Umno
kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari
parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri
Sembilan dan Johor.
Selain itu, ketua menteri Umno turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah./~harakahdaily
No comments:
Post a Comment
ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG