Friday, 18 April 2014

Samy Vellu menangis kenang Karpal

Semasa bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu melangkah masuk ke rumah Karpal Singh untuk memberi penghormatan terakhir hari ini, beliau disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Walaupun kedua-duanya berlainan pegangan politik, Samy Vellu (kanan) memeluk Lim ketika beliau menyampaikan ucapan takziah .

Muka Samy jelas menunjukkan kesedihannya sambil berkata: "Kami sama-sama di Parlimen."

"Karpal sentiasa membangkitkan isu-isu untuk kepentingan rakyat," tambah bekas presiden MIC itu.

"Tiapa apa yang dapat saya buat kecuali menangis apabila mendapat tahu tentang kematian Karpal," katanya.

Samy dan Karpal pernah bertikam lidah semasa perbahasan di Parlimen dan beliau menyifatkan bekas pengerusi DAP itu sebagai sebagai pemimpin, seorang yang dipercayai yang melakukan kerja dengan sempurna.

Samy Vellu adalah orang pertama menggelar Karpal "harimau", dengan memanggilnya sebagai "harimau mahkamah" manakala menggelar dirinya sendiri sebagai "singa".

Sebagai reaksi balasnya ketika itu,  Karpal berkata, Samy Vellu boleh menjadi singa dan beliau sebagai harimau, tetapi Karpal berkata di Malaysia tidak ada singa.

Samy berkata walaupun Karpal berusia 74 tahun tetapi beliau bekerja seperti orang muda.

"Di Parlimen, beliau meminta maklumat dari kementerian saya dan
kadang-kadang, dia mahu maklumat lanjut. Saya akan beri kepadanya."

Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai tiba di rumah Karpal
bersama pemimpin lain parti termasuk pengerusi Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow (kanan dalam gambar) dan setiausaha Gerakan negeri, Oh Tong Keong.

Cheah mengenali Karpal ketika beliau masih remaja pada tahun 1974, apabila beliau berkempen untuk kerusi negeri di Bandar Alor Setar dan menang.

"Ketika bertemu dengannya ketika itu, kami tahu beliau adalah seseorang yang istimewa. Beliau lebih menyerlah daripada kebanyakan rakan-rakannya, dan meninggalkan strategi yang hebat bukan sahaja dalam politik tetapi juga di bidang perundangan," kata Cheah yang merupakan bekas ADUN Derga.

Kemudian muncul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mereka bertemu pada tahun 1986 di Parlimen apabila kedua-duanya menjadi ahli Parlimen - Shahidan di Arau dan Karpal di Jelutong.

"Walaupun ada perbezaan (politik), kami masih boleh minum kopi di Parlimen. Beliau adalah seorang sahabat," katanya.

"Kita boleh berbeza tetapi kita boleh bersama-sama. Ini adalah contoh perpaduan dan menghormati orang lain," katanya.

"Kami berharap politik seperti ini berterusan. Karpal adalah seseorang yang berfikiran terbuka," katanya.

Turut mengunjungi Karpal hari ini termasuk jutawan Pulau Pinang yang terkenal Tan Sri Tan Kok Ping dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia, Datuk Jerry Chan.

Organisasi yang datang dengan termasuk Aliran, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Little Sisters of the Poor ./~malaysiakini

No comments:

Post a Comment

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG