Satu tulisan pojok pengarang Mingguan Malaysia
hari ini membangkitkan spekulasi bahawa dua menteri besar Umno bakal
diganti tidak lama lagi.
Tanpa menamakan mana-mana menteri besar, tulisan dalam akhbar milik Umno
itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah
mempunyai senarai nama sebagai pengganti.
Dalam pojok Bisik-bisik Awang Selamat itu, editor berkenaan turut
menyokong usaha berkenaan, yang menurutnya mampu "menyuntik kesegaran
dalam pentadbiran negeri."
"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi
mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.
"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus.
"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya
Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," tulisan itu
dipetik.
Umno kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar
dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri
Sembilan dan Johor.
Selain itu, ketua menteri Umno turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.
Dalam tulisan berkenaan, editor akhbar berkenaan turut melahirkan hasrat
agar Najib memperkenalkan muka baru untuk jawatan tertentu dalam Umno.
“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar
perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi
beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti," katanya./~malaysiakini
Guru ditahan miliki ganja bernilai RM6,300
39 minutes ago