KAJANG: Perhimpunan Reformasi 2.0 menyaksikan hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Stadium Kajang malam tadi.
Lebih
23 orang pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, PKR dan DAP tampil di
atas pentas memberi ucapan berapi-api membidas kezaliman kerajaan Umno
BN terhadap rakyat.
Orang ramai mula membanjiri Stadium Kajang seawal jam 8.00 malam menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas di semua arah.
Walaupun
masa yang diperuntukan hanya tiga minit bagi setiap pimpinan berucap
namun masing-masing memberi ucapan singkat tetapi padat.
Antara
pimpinan yang tampil di pentas dua Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa
yang digadingkan dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.
Manakala Penasihat DAP Lim
Kit Siang bergandingan dengan Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo bagi
menggantikan bapanya Karpal Singh yang keuzuran.
Ketua Pemuda
PAS Malaysia Suhaizan Kaiat digandingkan dengan Ketua AMK Shamsul
Iskandar Mat Akin manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar
digandingkan bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Penampilan
Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw yang jarang dilihat lantang tetapi
malam tadi beliau tidak kurang hebatnya menyampaikan ucapan penuh
semangat.
Turut bersama memberi ucapan Timbalan Presiden PKR
Mohamed Azmin Ali, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli
Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ketua PKR Sabah Datuk Lajim Ukin, bekas
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Sharif
Omar.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh
Pengarah Program Tian Chua Sebagai 'ikon untuk perubahan dan semangat
berjuang'.
Beliau yang naik ke pentas dengan berbaju hitam terus
mendapatkan tepukan gemuruh hadirin yang turut melaungkan 'reformasi'
memberi gambaran beliau masih seorang pemimpin yang disegani.
Anwar
menamatkan ucapannya 20 minit itu, dengan berkata beliau tetap
mempertahankan 'Kajang Move' kerana ia akan membuka jalan untuk Pakatan
mengambil alih Putrajaya tidak kira apa yang berlaku kepadanya.
Beliau kemudian melaungkan 'Reformasi', sebelum hadirin bersurai kira- kira jam 12.04 malam.
Calon
N25 Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut naik pentas dan
menggesa penduduk Kajang mengundi beliau dan memberi keadilan kepada
suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu jam 11.20,
spotlight stadium dimatikan masing-masing hadirin menyalakan lampu
telefon dan pemetik api sambil menyanyikan lagu nasyid 'Teman Sejati'
yang cukup memberi makna bahawa Pakatan Rakyat masih utuh bersatu./~harakahdaily
No comments:
Post a Comment
ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG