.

Monday 4 November 2013

Terkini : PAS tipis di depan.

Pengiraan berjalan, PAS tipis di depan

(Malaysiakini) Pusat pembuangan undi sudah ditutup dan kertas undi mula dikira di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Keputusan dijangka diperoleh pada jam 10 malam ini.

Siapa yang menjadi pilihan pengundi - sama ada Ahmad Sohaimi Lazaim (BN) atau Mohd Azam Samat (PAS) - akan terjawap tidak lama lagi.

Sungai Limau selama ini menjadi kubu kuat PAS. Ia dimenangi bekas menteri besar Kedah almarhun Tan Sri Azizan Razak untuk lima penggal berturut-turut.

PAS cuba mengukuhkan penguasaan mereka dengan menambah majoriti. Dalam pilihan raya umum lalu parti Islam itu menang dengan majoriti 2,774 undi.

Untuk itu, BN, dengan slogan "Berani Hijrah", disokong dengan kekuatan menteri besar baru Datuk Mukhriz Mahathir cuba merampasnya daripada tangan PAS.

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.

7.05pm Menurut Pengarah Operasi PAS Sungai Limau Amiruddin Hamzah, kiraan tidak rasmi mereka mendapati PAS mendahului dengan kira-kira 1,000 undi.

6.55pm Keputusan tidak rasmi:

PAS 5,250
BN 5,120
Rosak 36

6.48pm
Tak rasmi

Bukit Besar
PAS 1,415
BN 943
Majoriti PAS 472

Dulang Kechil
PAS 398
BN 1,337
Majoriti BN 939

[Laporan langsung menyusul]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist