Oleh :
Seperti yang dijangkakan, PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai
Limau yang menjadi kubu kuat parti itu dalam pilihan raya kecil hari
ini.
Dan seperti juga yang dijangka, ia menang dengan majoriti
yang merosot lebih 50 peratus kepada 1,084 undi daripada majoriti 2,774
undi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat (kanan) memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Seramai
85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan
Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.
Namun
kemerosotan lebih 50 peratus undi majoriti yang diperolehi PAS menimbul
persoalan mengenai kemampuan pemimpin pemimpin "dua M" di Kedah dalam
menerajui parti masing-masing dalam berdepan dengan PKR di Sungai Limau.
Pemimpin
"dua M" yang dimaksudkan itu ialah Menteri Besar Kedah yang juga
pengerusi Umno negeri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pesuruhjaya PAS Kedah,
Datuk Mahfuz Omar.
Walaupun Mukhriz popular di kalangan ahli
akar umbi Umno apabila hampir-hampir menumbangkan Datuk Seri
Hishammuddin Hussein bagi jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan
parti itu bulan lalu, namun pengaruhnya belum cukup untuk menarik
sokongan rakyat di DUN tersebut untuk beralih sokongan kepada BN.
Begitu
juga dengan Mahfuz, walaupun PAS berjaya mengekalkan kerusi tersebut,
tetapi kemerosotan majoritinya dilihat telah mencalarkan sedikit
kepimpinan pesuruhjaya PAS Kedah yang baru itu.
Beliau
menggantikan Tan Sri Azizan Razak, penyandang kerusi DUN Sungai Limau
yang meninggal dunia baru-baru ini, akibat komplikasi penyakit kencing
manis.
Walaupun gagal merampas kerusi DUN Sungai Limau, namun
kemampuan BN mengurangkan 50 peratus majoriti calon PAS boleh dianggap
sebagai satu 'kejayaan manis' untuk Umno negeri pimpinan Mukhriz.
Memandangkan
DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS selama ini, maka apakah
kegagalan parti itu untuk mengekalkan majoriti yang dimenangi dalam
pilihan raya umum ke-13 (PRK13) lalu, akan memberi kesan kepada pengaruh
parti Islam itu di Kedah menjelang PRU14 nanti.
Sudah
tentunya, Mahfuz (kanan) dan kepimpinan PAS, khususnya di Kedah, perlu
duduk semeja untuk menganalisa keputusan tersebut, dan mencari jalan
untuk memastikan parti itu mampu mempertahankan kerusi-kerusi yang lain
di Kedah, serta kemungkinan merampas kembali Kedah dari tangan BN pada
PRU14 nanti.
Bagi Mukhriz pula, ia boleh dianggap satu permulaan
yang baik dalam pentadbirannya di Kedah dan seterusnya mengekalkan
penguasaan BN di negeri ini.
Namun itu, pastinya bayang-bayang
bapanya, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus
membayangi pentadbiran Mukhriz yang menjadi menteri besar Kedah serta
dilantik memimpin Umno itu selepas pilihan raya umum ke-13.
Mahfuz
sebaliknya menyalahkan kemerosotan majoriti calon parti itu kerana
pilihan raya kecil tersebut diadakan pada hari bekerja.
Ini menurutnya, menyebabkan hanya 2,300 daripada 3,600 pengundi luar yang balik mengundi hari ini./~malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-