Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang ‘expat’ bahasa itu. Jika di ambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di mana kah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami?
Kadang-kadang kita mahu juga
bertanya, di mana kah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang
selamat? Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari
kemalangan seperti yang di alami oleh Sarah Joseph ini? Jika selalunya kita
mendengar kanak-kanak hilang di curi orang, sekarang tahap jenayah telah
meningkat ke tahap yang paling tidak boleh di fahami lagi, iaitu merampas anak
yang sedang di beri makan oleh ibunya.
Apakah malang atau sialnya duduk di negara seperti
ini? Jika anak dalam pangkuan ibu pun
boleh di rampas apakah kesalahan yang lebih buruk dari itu yang akan di lalui
oleh masyarakat biasa di bawah ini?
Apakah tindakan kerajaan
khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Menterinya akan lakukan? Apa
yang di fikirkan oleh Ketua Polis Negara atau sesiapa yang bertanggungjawab
dalam hal isu keselamatan seperti ini? Apakah cukup dengan kita berdoa sahaja
atau ada cara yang perlu di lakukan untuk memberikan keselamatan kepada rakyat
dan manusia yang mendiami negara ini?
Tahap keselamatan di negara ini
lebih jauh rendah dari keselamatan di negara Afrika dan negara yang berperang
di timur tengah. Apakah operasi cantas tidak boleh memberikan jaminan tentang
keselamatan negara kita.
Jika semuanya ini tidak dapat
mengurangkan kerja jenayah seperti ini tolonglah berikan cara untuk menjaga
keselamatan diri kami dan anak-anak serta keluarga kami. Apakah perlu kita
berkurung dalam rumah dengan pagar besi dan pengawal keselamatan di rumah dan
di pintu rumah kami?
Jika ada pun kemampuan untuk
mengupah pengawal keselamatan kita, bolehkah kita percaya dengan pengawal
keselamatan itu sendiri, kerana terlalu banyak kes pengawal keselamatan
sebaliknya yang membawa padah dan celaka kepada mereka yang mengupahnya?
Sampai bila rakyat mesti hidup
dalam keadaan takut dan tertekan ini. Apa yang berlaku terhadap Sarah Joseph
semalam itu bukan sahaja memberikan tekanan terhadap wanita 'expat’ itu, tetapi
perasaan tertekan itu di rasakan oleh semua orang yang mendengar tentang
kejadian ini. Pendeknya semua rakyat yang mempunyai jiwa yang hidup akan
tertumpang merasa sedih dan tekanan hidup itu.
Siapakah yang akan keluar untuk
mengemukakan cara penyelesaian tentang isu keselamatan ini? Jika di nilai dari
kemampuan pimpinan yang ada hari ini, penyelesaiannya tetap jauh dari pandangan
kita. Masing-masing masih tercari-cari penyelesaian isu yang sedia ada.
Di peringkat tertinggi negara,
kita sedang menghadapi isu intipan negara kuasa besar terhadap keselamatan
negara kita. Dalamm masa yang sama ancaman secara fisikal dari musuh luar negara
berlaku di Sabah baru-baru ini dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh
dipandang remeh dan di anggap sebagai masalah yang ‘trivial’.
Pencerobohan terhadap negara bukan
sahaja datang dari luar tetapi juga datang dari dalam negara. Pencerobohan
terhadap khazanah rakyat tidak juga dapat di hentikan dan yang berlaku semalam
adalah pencerobohan terhadap keselamatan rakyat di setiap daerah kariah dan
mukim. Malahan masalah keselamatan negara berada di setiap peringkat dan tidak
mudah di selesaikan dengan kepimpinan yang ada pada hari ini.
Malahan banyak yang berpendapat
yang pimpinan hari ini merupakan agen yang memberi nilai tambah kepada keadaan
bahaya yang sedang di hadapi oleh rakyat dan negara keseluruhannya.
Kejadian buruk yang di alami oleh
Sarah Joseph semalam menunjukkan betapa seriusnya isu keselamatan negara
sekarang ini. Keadaan ini belum pernah berlaku dan ini merupakan zaman yang
paling getir yang negara hadapi sejak zaman merdeka dahulu, malahan tahap
keselamatan rakyat adalah lebih rendah dari keselamatan zaman ancaman pengganas
komunis dahulu.
Semakin ramai yang bercakap
tentang agama, semakin teruk tahap ketuhanan kita, semakin ramai yang bercakap
tentang isu rasis, semakin teruk hubungan di antara kaum dan lagi banyak orang
bercakap tentang kemajuan negara, semakin mundur negara kita ini.
Semakin ramai pemimpin yang
meminta kita yang meminta rakyat menukar cara hidup yang berwasatiah semakain
besar peruntukan Perdana Menteri untuk membinasakan wang rakyat melalu
perbelanjaan yang boros.
Tiada siapa yang bercakap benar
lagi dan tiada siapa yang mempunyai hati dan jiwa untuk melihat orang lain
hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
-http://aspanaliasnet.blogspot.com/