Oleh: shahbudin husin
Ketika kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru saja berlalu,
perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi
kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula
hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual
dengan harga RM5 sahaja.
Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.
Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014,
Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan
pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi
ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi
tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah
menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.
Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR
dengan mengatakan ia tidak sama-sekali berunsur rasuah kerana pembeli
tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras
tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat
daripada jualan murah gula dan beras itu.
Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah
pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa
disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu
bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan
murah beras dan gula itu.
Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi
calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah
sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih
lagi orang Melayu memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan
membalas budi.
Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan
singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli
beras dan gula dengan harga biasa daripada sanggup menebalkan muka
membeli barangan murah itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil
menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.
Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan
kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya hanya menambahkan lagi persepsi
gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas itu dalam
mengendalikan pilihanraya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan
kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.
Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab
dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan, jualan murah gula
dan beras di Sungai Limau tempohari bukanlah kerana adanya pilihanraya
dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihanraya.
Kata beliau lagi, "jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga
selalu ada jualah murah, jadi apa yang nak dihairankan, hanya kebetulan
saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihanraya Sungai Limau".
Wah, wah...cantik sekali hujah politik orang agama dalam menegakkan
benang basah! Kenapa perlu berbohong dan bukankah berbohong itu dilarang
oleh agama? Sebagai pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram, hukum
berbohong itu bukankah lebih besar dosanya?
Kenapa susah sangat Jamil Khir mengaku bahawa jualan murah itu memang
sebahagian daripada acara kempen pilihanraya BN? Mengaku sahajalah,
kalau memang itu hakikatnya.
Memang benar jualan murah ada di mana-mana dan pasarara juga kerap
melakukannya tetapi belum pernah rasanya gula dan beras turut dijual
murah. Biasanya jualan murah di kampung-kampung dan di mana saja hanya
melibatkan pakaian, barangan plastik, pinggan mangkuk dan sebagainya.
Sejak lebih 56 tahun merdeka,belum pernah ada jualan murah gula dan
beras kecuali di Sungai Limau.
Murahnya pula bukan kepalang. Gula hanya dijual RM1 sedangkan harga
biasanya RM2.84 manakala beras pula hanya RM5 sedangkan harga biasanya
RM13. Sudah tentu kalau bukan kerana pilihanraya dan maksud membeli
undi, tiada siapa sanggup menjual harga semurah itu.
Siapa pun akan mengatakan karnival jualan murah gula dan beras itu
adalah kerana kempen pilihanraya. Tidak ada maksud lain daripada itu
kerana tidak ada peniada yang sanggup rugi. Kalau betul bukan kerana
pilihanraya, buatlah karnival jualan murah yang serupa di tempat lain
juga.
Kepada Jamil Khir, jadilah pemimpin agama yang baik dan janganlah
berbohong. Lebih nampak hodohnya kalau pemimpin agama pun sudah pandai
berbohong. Kerja-kerja bohong ini biarlah dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO. (SH 07/11/2013)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
2 hours ago
dulu....kuy kut ler....jamil nie berubah lepas ada sekor mamat nangis dipelukan jamil dan mamat tu terus sondoi tengkok jamil.lepas insiden tu jamil terus lain mcm jer.
ReplyDeletedia cuma menteri agama & pemimpin parti politik. pemim pin agama tak bohong. beza besaq antara pemimpin agama dgn pemimpin parti politik.
ReplyDeleteBuat kat tempat saya pulak pak menteri
ReplyDeletejamil dh anut ajarn sesat ke?????????
ReplyDelete