KUALA LUMPUR: PAS Sarawak melihat Bajet 2014 masih jauh
daripada menepati janji PRU13 yang lalu. Antara perkara yang dinyatakan
dalam manifesto tersebut ialah menurunkan harga kereta secara
berperingkat.
Namun, Bagi Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee
janji penurunan harga kereta langsung tidak disebut dalam pembentangan
bajet baru-baru ini.
“Dalam pembentangan bajet 2014 yang lalu,
kerajaan BN tidak menyentuh langsung tentang penurunan harga kereta dan
motorsikal. Harapan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah
dan sederhana hampa kerana semasa PRU13 lalu, BN berjanji hendak
menurunkan harga kenderaan.” Katanya.
Kegagalan kerajaan BN
melaksanakan salah satu janjinya itu tidak mencerminkan tema bajet 2014
“Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi Dan Melaksana
Janji”.
Berikut kenyataan beliau.
Dalam pembentangan bajet
2014 yang lalu, kerajaan BN tidak menyentuh langsung tentang penurunan
harga kereta dan motorsikal. Harapan rakyat terutama golongan yang
berpendapatan rendah dan sederhana hampa kerana semasa PRU13 lalu, BN
berjanji hendak menurunkan harga kenderaan.
Janji BN untuk
menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima
tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan kata mantan Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr
Mahathir kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Ini jelas menunjukkan
bahawa kerajaan BN tidak melaksanakan janji kepada rakyat seperti mana
tema bajet 2014 “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi
Dan Melaksana Janji”. Akibat kenaikan harga bahan api, pengguna terpaksa
berbelanja lebih untuk kenderaan mereka dan ini sudah tentu membebankan
mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Rakyat Malaysia
yang berpendapatan sederhana dan rendah hanya mampu membeli kereta yang
dikeluarkan oleh Proton atau Perodua sahaja disebabkan cukai kereta
impot adalah terlalu tinggi kerana dasar kerajaan Malaysia untuk
melindungi Proton. Kereta impot lebih baik dari segi keselamatan dan
kualiti kalau dibandingkan dengan kereta tempatan walaupun dikenakan
cukai tinggi.
Kereta adalah keperluan asas untuk bergerak
kemana-mana saja pada masa sekarang, ia bukan lagi barang mewah yang
hanya mampu dimiliki oleh orang-orang yang berada tapi untuk semua
golongan masyarakat. Walaupun golongan yang berpendapatan rendah dan
sederhana hanya mampu membeli kenderaan tempatan tetapi harganya masih
juga tinggi dan kurang bermutu.
Umum tahu, selama ini kerajaan
telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais
yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan sehingga harga
kereta-kereta impot termasuk kereta nasional kita contohnya model Waja
tempatan adalah dua kali ganda harganya berbanding di Saudi Arabia. Di
bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang
dibayar oleh rakyat maknanya jika anda membeli kereta pada harga
RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai
kepada kerajaan.
Kita sebagai pengguna berhak untuk menyuarakan
pendangan terhadap senario yang berlaku sekarang. Di manakah kedudukan
AFTA yang pernah dicanangkan lebih 10 tahun yang lalu? Sampai bilakah
kerajaan patut memberikan tongkat kepada Proton dan Perodua? Dan sampai
bilakah rakyat Malaysia harus membeli produk dari pengeluar kenderaan
lain yang harus berdepan cukai kereta import yang agak tinggi dan
menekan golongan bawahan.
Kita mengesa kerajaan Malaysia
mengkaji semula duti eksais keatas kenderaan impot agar tidak terlalu
membebankan rakyat yang terpaksa menanggung kos yang tinggi sehingga
harga kereta import berlipat ganda dari pasaran antarabangsa.
Kalau
mahu kereta tempatan berdaya saing dengan kereta import, kerajaan perlu
menambahbaik mutu serta tahap keselamatan dalam buatan kereta tempatan
dengan harga yang berpatutan.
Kita tidak mahu dengar pemimpin
kerajaan mengatakan kita terpaksa menaikkan harga kereta kerana kita
tidak mahu rakyat mati kecelakaan. Kalau itu alasannya, adalah lebih
baik Malaysia menggunakan kenderaan yang menggunakan tenaga solar dengan
kelajuan yang tidak melebihi had laju 100 km sejam. Buat lebih banyak
lagi lorong untuk basikal dan kenderaan yang mesra alam. Bukan saja
boleh jimatkan minyak bahkan ianya selamat untuk pengguna dan alam
sekitar.
Janganlah semua bebanan dipikul dan ditanggung oleh
rakyat semata-mata ingin melindungi kepentingan pihak tertentu. Rakyat
perlu diberi keutamaan, kalau kerajaan benar-benar ikhlas melihat rakyat
hidup sejahtera dan aman./~harakahdaily
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
5 hours ago