.

Monday, 11 November 2013

Dua Adun BN Perak lompat parti?

KUALA LUMPUR: Desas desus mendakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).

Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai, lapor Bernama.

"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka (Pakatan Rakyat) untuk bawa masuk ke sini (BNl). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin".

Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat.

BN kini mempunyai 31 kerusi di Dun Perak dengan komposisi Umno (30) dan MCA (1) manakala Pakatan Rakyat 28 kerusi dengan komposisi PAS (5), DAP (18) dan PKR (5).

Jika dua Adun BN menyertai Pakatan Rakyat, kedudukan dalam Dun Perak akan berubah kepada BN (29) dan Pakatan Rakyat (31) membolehkan peralihan tampuk pemerintahan berlaku dengan majoriti mudah.

Peristiwa rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang menyaksikan dua Adun PKR dan seorang daripada DAP mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas pro-BN kini menghantui kerajaan BN negeri pimpinan Zambry yang khuatir peristiwa serupa berulang./~harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist