KUALA LUMPUR 3 OKTOBER: Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah
(Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa bicara
dan menyerupai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan di Dewan
Rakyat tengah malam tadi.
Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi ini turut menyaksikan
beberapa Fasal yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ditolak dan
pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.
Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan
yang bermula jam 4.30 petang semalam bersidang sehingga jam 1 pagi
selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.
Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid pada semalam.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang membantah pindaan akta berkenaan
kerana menyalahi hak asasi manusia dan zalim menyifatkan kelulusan itu
sebagai satu lagi sejarah gelap demokrasi buat Malaysia.
“Hari gelap dalam demokrasi. Rang undang-undang PCA aka ISA 2.0 diluluskan jam 12.50 pagi (tadi).
“Terima kasih kepada Umno BN kerana sekali lagi meletakkan Malaysia
ke zaman gelap,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin .
(Berita menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55949
PKR: Ada parti dalam parti?
1 hour ago