Wednesday, 18 September 2013

Perbezaan ketara antara PAS, PKR dan Umno mendekati isu


Menjelang minggu pemilihan pemimpin parti, PAS dan PKR dilihat mempunyai keinginan mendekatkan diri dalam isu-isu panas politik di Malaysia sementara beberapa pemimpin Umno masih lagi terpalit dengan skandal.

Perbezaan ketara dapat dilihat antara parti Melayu berkenaan yang memberikan kesan keyakinan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menyambung perbezaan antara komuniti dan ketidakupayaan Umno membebaskan dirinya daripada pemimpin yang dibelengu skandal.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  mendekati komuniti Kristian ketika wujudnya ketegangan ekoran isu penggunaan kalimah "Allah" oleh masyarakat Kristian untuk menggambarkan Tuhan mereka.

Mujahid menganjurkan dialog antara Kristian-Muslim dan terbaru di sebuah gereja di Pulau Pinang dua hari lalu walaupun wujudnya bantahan.

"Kita tidak membincangkan perbezaan keagamaan atau perbezaan lain, hanya apa yang boleh dilaksanakan untuk menyembuhkan hubungan," katanya.

Katanya, dialog seumpama itu akan diteruskan tanpa mengira apa keputusan mahkamah berhubung isu "Allah."

"Kita bukannya menjual kepercayaan orang Islam atau membeli akidah orang lain," kata ahli Parlimen PAS itu yang telah melawat lebih 30 gereja di seluruh negara selepas pertelingkahan berhubung penggunaan kalimah "Allah” bermula.

Anwar, dua hari lalu membuat pengumuman yang boleh menjejaskan reputasinya di kalangan umat Islam negara ini apabila mengatakan beliau akan bertemu Pope Francis I dalam satu sesi dialog yang dianjurkan di Rom.

Beliau meminta orang ramai untuk memahami pertemuan itu dan menjelaskan Pope akan berjumpa beberapa delegasi lain termasuk dirinya.

"Tiada masalah bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu Pope," katanya, merujuk pertemuan Najib dengan Pope Benedict XVI dua tahun lalu.

"Tapi jika saya buat semua salah. Bezanya, saya tidak minta jumpa dia.

"Mereka akan kata saya nak masuk Kristian. Ini masalah kita, itu sebab kita terus berjuang untuk kebebasan, demokrasi, dan perubahan," katanya.

Di sisi lain, pembantu politik Umno disiasat berhubung gejala rasuah dan beberapa kenderaan mewah turut dirampas dalam skandal berterusan parti dominan Barisan Nasional itu.

Lelaki berpangkat "Datuk" itu pernah menjadi setiausaha politik kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat semasa ditadbir oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tuduhan menyalahgunakan dana untuk rakyat miskin program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin).

Difahamkan SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah miliknya termasuk sebuah Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Toyota Camry.

Program1AZAM adalah inisiatif kerajaan di bawah bidang kuasa kementerian wanita yang sudah membelanjakan sejumlah RM1.35 juta setakat ini untuk membantu sejumlah 473,928 penerima bantuan di seluruh negara.

Shahrizat hilang kedudukannya sebagai menteri ekoran Najib tidak memperbaharui tempohnya sebagai Senator pada Mac 2012 selepas keluarganya dikaitkan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional.

Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, tetapi bakal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno dan menerima jawatan penasihat khas Najib berkenaan isu usahawan wanita bulan lalu.

TMI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)