Oleh: shahbudin husin
Sementara jawatan Presiden UMNO belum ada kepastian sama ada
dipertandingkan atau tidak, sehingga ini posisi yang paling menjadi
tumpuan dan dijangka berlaku persaingan sengit ialah jawatan Naib
Presiden UMNO. Memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid
Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan
jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut
bertanding dan Mukhriz Mahathir pula dijangka akan membuat pengumuman
dalam masa yang terdekat, kebarangkaliannya ialah persaingan enam
penjuru akan berlaku.
Daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki
memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir. Yang paling dikehendaki
kalah pula ialah Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.
Mukhriz terlihat popular dan dikehendaki, selain kerana kemenangan BN di
Kedah dalam pilihanraya umum lalu dan pengaruh bapanya, beliau juga
dilihat mewakili pemimpin muda yang diharap-harapkan untuk menerajui
UMNO dan kerajaan suatu hari nanti.
Kekerapan Mahathir bercakap tentang perlunya UMNO memberi ruang kepada
pemimpin muda, bahkan melontarkan amaran bahawa UMNO akan terus sakit
dan mati jika tidak berbuat demikian, tidak diragui lagi telah
menghantar mesej yang jelas kepada perwakilan UMNO betapa perlunya
pemimpin seperti Mukhriz yang sedang melonjak namanya sekarang terus
diberikan kedudukan yang lebih kukuh lagi.
Selain itu, dengan kedudukan Khairy Jamaluddin yang dijangka tiada
masalah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda walaupun bakal dicabar oleh
Akramsyah, anak Sanusi Junid, keberadaan Mukhriz di kedudukan kanan
parti dirasakan perlu oleh banyak pihak agar beliau akhirnya saling
bersaing dan mengimbangi antara satu sama lain dengan KJ dalam tempoh
lima atau sepuluh tahun akan datang.
Bai calon-calon Naib Presiden yang lain, penerimaan daripada ahli-ahli
UMNO agak berbelah bagi. Ada yang dirasakan patut menang dan ada pula
dirasakan tidak wajar diberikan kemenangan.
Hishammuddin pula paling diinginkan kalah kerana ramai ahli UMNO yang
kecewa dengan tindakannya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri yang
disifatkan paling lemah dan tidak tegas. Beberapa episod perhimpunan
Bersih sebelum PRU 13 dan berbagai kekacauan lainnya yang berlaku ketika
itu di mana ia memerlukan ketegasan beliau tetapi tidak dilakukan,
telah mengecewakan ramai ahli UMNO terhadapnya.
Walaupun kini setelah dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dan memangku
jawatan Menteri Pengangkutan, kekecewaan itu masih lagi berbekas. Ramai
yang merasakan anak Hussein Onn itu tidak layak duduk di kerusi Naib
Presiden dan didaftarkan sebagai salah seorang bakal pemimpin pelapis
masa depan bagi UMNO dan negara.
Masalahnya, bolehkah Hishammuddin dikalahkan dan mungkinkah beliau kecundang dalam pemilihan kali ini?
Haruslah diketahui bahawa Hishammuddin adalah sepupu kepada Najib dan di
dalam UMNO ramai yang percaya bahawa beliau adalah pilihan Najib untuk
menggantikan tempatnya suatu hari nanti. Tindakan Najib memindahkan
Hishammuddin daripada Kementerian Dalam Negeri yang dilihat tidak
membantu popularitinya ke Kementerian Pertahanan dan menambah lagi
pemangkuan di Kementerian Pengangkutan, dilihat sebagai langkah untuk
melonjakkan penerimaan ahli-ahli UMNO seluruh negara terhadap sepupunya
itu.
Tidak ada sebab lain di sebalik tindakan Najib itu sebenarnya, kecuali
ingin menonjolkan lagi Hishammuddin. Dengan beliau dilihat gagal di
Kementerian Dalam Negeri, tidak ada kewajaran untuk meletakkannya di
kementerian penting dan kritikal seperti Kementerian Pertahanan dan
dalam masa yang sama menambah lagi tugasnya sebagai Pemangku Menteri
Pengangkutan.
Sekarang ini, jelas terbukti Hishammuddin tidak begitu menonjol di
Kementerian Pertahanan, tetapi kedudukannya sebagai Pemangku Menteri
Pengangkutan dilihat menyelamatkannya. Beliau kini lebih banyak bercakap
dan menonjolkan diri sebagai Menteri Pengangkutan dalam isu-isu yang
berkaitan kementerian itu, seolah-olah itulah kementerian hakikki
untuknya.
Seharusnya sebagai pemangku, tugasnya di Kementerian Pengangkutan lebih
kepada urusan mesyuarat dan membuat keputusan penting sahaja manakala
tugas-tugas lain bolehlah diserahkan kepada timbalannya untuk
melaksanakannya. Tetapi terlihat tumpuan beliau lebih di Kementerian
Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan bagaikan ditinggalkan.
Sepertinya sekarang beliau adalah Menteri Pengangkutan sepenuh masa dan memangku jawatan Menteri Pertahanan pula.
Namun tidaklah dapat dinafikan bahawa tugas di dua kementerian itu
adalah sebahagian daripada usaha Najib untuk memberi sepupunya itu lebih
peranan dan dilihat penting oleh ahli-ahli UMNO.
Dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kira-kira sebulan lagi,
walaupun kedudukan Hishammuddin dilihat genting dan mungkin kecundang,
perkara itu sebenarnya hampir mustahil akan berlaku.
Seorang pemimpin UMNO dari selatan tanahair berkata, walaupun
Hishammuddin terlihat seperti bakal kecundang tetapi katanya, Najib
pasti tidak akan membenarkan perkara itu daripada berlaku kerana
kekalahan Hishammudin adalah tamparan kepada Najib juga.
Kalahnya Hishammuddin bererti kalahnya Najib, kata pemimpin itu lagi.
Beliau berkata, sebagai seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib
mempunyai berbagai cara untuk mengelakkan Hishammuddin daripada
menerima kekalahan seperti bercakap secara terus dengan Pengerusi UMNO
Negeri-Negeri atau Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang rapat dengannya.
Selain daripada itu, jelas pemimpin itu lagi, harus juga jangan dilupa
bahawa Hishammuddin sendiri masih mempunyai rangkaian kenalan yang besar
dalam UMNO dan mereka ini boleh digunakan untuk "menggempur" perwakilan
di saat-saat akhir bagi menyelamatkan kedudukannya.
Berdasarkan penelitinnya, pemimpin tadi berhujah bahawa walaupun Mukhriz
dilihat sedang memenangi mood di kalangan pewakilan seluruh negara
berikutan kemenangan BN di Kedah serta pengaruh bapanya yang masih kuat
dan diperlukan dalam UMNO serta dilihat tiada masalah untuk memenangi
salah satu kerusi Naib Presiden UMNO tetapi kedudukan Hishammudin juga
tidak akan tergugat.
Daripada tiga kerusi Naib Presiden, Hishammuddin pasti akan menyelit
salah satu daripadanya, tambah tokoh itu yang diketahui pernah berkawan
baik dengan Najib suatu ketika dahulu.
Jika senario itu benar-benar berlaku, bermakna kerusi Naib Presiden kali
ini pasti akan diisi oleh Mukhriz, Hishammudin dan satu lagi kerusi
terakhir akan menjadi rebutan antara Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Ali
Rustam dan Isa Samad.
Daripada keempat-empat pemimpin yang berebut slot terakhir itu, kata
pemimpin itu lagi, Najib tidak kisah pun siapa yang akan menang nanti.
(SH 17/09/2013)
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-