.

Tuesday 3 September 2013

Ekoran kenaikan harga minyak, stesen minyak di Melaka dirempuh oleh pengguna yang 'naik minyak' ?

Gambar Kemalangan Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka (Sempena Kenaikan Harga Minyak)


Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib lewat petang semalam ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka.

Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).

Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana  :
  • pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.
  • Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 & diesel)

Lagi Gambar Kemalangan Stesen Minyak Shell Durian Tunggal Melaka

Semak satu persatu gambar kemalangan di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas lagi dalam format galeri gambar :
Disebabkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan minyak secara mendadak, stesen minyak pun didakwa mahu mengambil kesempatan akhirnya rakyat Malaysia pun turut “naik minyak” apabila salah satu pam minyak Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka dirempuh & dilanggarnya. Apa respon balas anda pula?

8 comments:

  1. weldone malaysia....harga minyak dinaikkn kerana nk kurangkn,beban rakyat,bkn sbb harga minyak dunia naik....

    ReplyDelete
  2. terima kasih pengundi BN...skg anda semua boleh mula fikir apa ayat backup ( alaa mcm biasa la)...aku bg 1 contoh " apa bende la PR ni minyak naik 20 sen pun dh bising...di planet marikh minyak lagi mahal tau, klu x puas hati negara ni sila la berambus ke planet lain"....hah aku dh wat 1 contoh, sila la tunjukkan kebodohan anda sume macai woi....cai mali cai hoi hoi

    ReplyDelete
  3. jangan langar stesen minyak, bodoh punya kerja. Salahkan diri sendiri kerana memberi undi kepada UMNO, padan muka minya naik kereta rosak

    ReplyDelete
  4. Nanti.adalah.kenyataan.menteri.rakyat.tak.payah.naik.kereta.kah.kah.kah.

    ReplyDelete
  5. Undilah BN.....dapek 20 sennnnn :-)

    ReplyDelete
  6. aku suka dgn kenaikan harga minyak ni,biar le mampos dgn pengundi yg bodoh dan ban gang tu....dulu lagi dah di beritahu yg pakatan nak turunkan harga minyak....tapi pengundi yg bodoh tu taknak....sekarang nasib kau ler....aku tak undi bn dan aku tak redha,aku anggap aku rakyat yg di aniaya

    ReplyDelete
  7. Penyebar fitnah..ini kemalangan tak disengajakan..runah saya taman di kawasan tersebut...p3mandu tak sngaja tertekan padal minyak spatutnye brek..menybabkan 5 kenderaan terlibat dlm kemalangan yg tidak disenhajakan..dosalankanu atas penyebaran fitnah kononnyan pemandu tersebut naik minyak.astahhafirullahilazim

    ReplyDelete
  8. Penyebar fitnah..ini kemalangan tak disengajakan..rumah saya taman di kawasan tersebut...pemandu tersebut tak sngaja tertekan padal minyak spatutnye brek..menybabkan 5 kenderaan terlibat dlm kemalangan yg tidak disengajakan..dosalah kamu atas penyebaran fitnah kononnyan pemandu tersebut naik minyak.astaghafirullahilazim sebahagian dr kaedah mudah mndpt dosa fitnah .

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist