Sunday, 1 September 2013

Ahli politik guna gangster, M’sia tidak selamat?


KUALA LUMPUR: Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius kenyataan Datuk Seri Suleiman Muhamed, bekas Menteri Penerangan yang mendakwa wujud ahli politik yang mengguna gangster di negara ini.

Malah beliau mendakwa terdapat 70,000 gangster di seluruh negara sekarang.

“Jika benar, maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Ini juga, katanya bermakna gejala jenayah berat yang kini berleluasa di negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian banyak.

“Kami mengambil maklum juga betapa jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini,” katanya lagi.

Ini, ujar beliau pernah didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.

Jelas Wan Junaidi, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).

Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.

Dengan fakta itu, kata Mohd Azmi maka pihaknya kami mempersoalkan bagaimana gangster boleh menjadi suatu realiti di negara ini.

Tambahnya, operasi kumpulan haram ini tidak mungkin bermaharajalela jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan sindiket gangster.

“Adakah ini menggambarkan bahawa Malaysia sudah semakin tidak selamat sehingga kumpulan gangster wujud untuk mengawal keselamatan orang kenamaan dan ahli politik di negara ini?” tanya beliau/~harakahdaily

3 comments:

  1. Agak pelik dari 260000 penjenayah yg ada menurut nazri aziz ler,sekitar 1% jer yg dapat ditangkap masa operasi cantas.efisien ker pasukan perancang tindakan keselamatan kita.aper citer bro nazri.tu ler lain kali jgn pandai buat isyarat lucah jer.kerja hampeh.untuk lu nazri 2 tangan dan 2 kaki gua bikin isyarat lucah sama lu bro nazri.

    ReplyDelete
  2. Slm

    Kegiatsn gangster kurang menyerlah flm bidang politik

    Adakah krn kemungkinan pihak keselamatsn telah kawtim dgn gengster agar tdk menggangu urusan politik negara sebaliknya bebas mnjlnkn kegiatan jenayah spt samun bunuh pelacuran dn dadah asalkn urusan politik mereka tdk terlibat?

    Ini semua kemungkinan yg hya dketahui pihak yg berwajib dn tidak oleh manusia jalanan.

    Jika statistic boleh diragui maka apa saja maklumat yg diberi boleh sampai qiamat kita soalkan

    ReplyDelete
  3. ramai polis dok pejabat buat apa ? kurangkan kakitangan pejabat kerana era kini zaman it semua boleh buat dengan beberapa orang saja ,yang lain buat kerja banteras jenayah bukan hanya pantau pembangkang,tak payah peramai diopis buat menyemak! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)