.

Saturday 3 August 2013

Ku Nan: ABU ertinya Allah bersama Umno

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya.

Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.

"Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno.

"Percayalah kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu sama lain," kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri, Cheras.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ABU asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO.

Dalam ucapannya juga, Tengku Adnan juga memberitahu, Umno Wilayah Persekutuan akan menyokong Muhyiddin dan Presiden Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan dua kerusi utama Umno dalam pemilihan akan datang.

Anggota Parlimen Putrajaya itu juga berkata, anggota Umno di Wilayah Persekutuan itu akan mengundi mengekalkan status quo untuk lima jawatan tertinggi./~malaysiakini

5 comments:

  1. Tengku.adnan.org.melayu.bandar.tidak.bersama.umno.

    ReplyDelete
  2. Tawkey Judi buat fatwa mengenai sifat Allah!! Dia jumpa hukum ni dalam Buku Cai ke?

    ReplyDelete
  3. Sebab tu UMNO masih memerintah negara ini bukannya hamPAS atau DAPigs atau PKRasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAH SWT masih memberi kpd UMNO mmerintah supaya mereka musabahah diri. Jangan merasakan dirinya betul apabila hukum hudud dinafikan utk dilaksanakn di negara d mana pemimpinnya majoritinya mengaku beriman kepada ALLAH SWT, rasul_NYA, para malaikat, kitab2, hari kiamat, qada dan qadar namun perlaksanaan trhdap keimanan trsbt dibibir shj.

      Delete
  4. Umporno masih memerintah malaysia hasil manipulasi undi awal.kemenangan yg menjijikan.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist