.

Sunday 21 July 2013

Penyokong Idris gesa pengundi 'ajar' Mat Said

BESUT: Pilihan Raya Kecil Kuala Besut yang akan berlansung pada 24 Julai ini merupakan peluang terbaik bagi orang Umno khususnya penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di sini untuk 'mengajar' Datuk Seri Ahmad Said.

Salah seorang penyokong kuat Idris, Mohd Abiah Awang berkata, orang Umno di Besut masih ingat apa yang Ahmad buat pada 2008 sehingga Idris diketepikan dari menjawat jawatan Menteri Besar untuk penggal berikutnya.

"Orang sini ingat lagi, kita berlarok (konvoi) pegi ke Kuala Terengganu, pergi Putrajaya, pergi lapangan terbang, usung (bawa) sepanduk, rayu supaya Datuk Deris (Idris) kekal jadi MB.

"Tapi Mat Said (Ahmad Said) buat apa? Parut (luka) dalam hati ini belum sembuh lagi ni. Kita ingat apa dia buat," katanya ketika berceramah di pentas PAS di Kampung Seberang Barat di sini malam tadi.

Beliau berkata, pengundi Kuala Besut khususnya penyokong Idris Jusoh tidak harus menggadai perinsip perjuangan mereka hanya kerana wang RM50 dan sekantong rokok.

Sebaliknya mereka harus mengembalikan maruah orang Kuala Besut yang telah dicalar oleh Ahmad Said sebelum ini.

"Dulu Mat Said baru jadi MB, nak datang sini kena ada polis iring dia, sekali dengan 'body guard'. Sekarang ini dia boleh datang lenggang sahaja macam dia dah lupa apa dia pernah buat kat kita.

"Kita kena berani tuntuk kuasa kita. Inilah masanya. Kali ini kita pakat pangkah PAS belaka. Jangan malukan orang Kuala Besut. Biar berani gak kita," katanya lagi.

Beliau juga mengakui bahawa calon PAS, Che Long dan keluarga sangat dikenali penduduk di sini.

Che Long juga ujarnya memang senang untuk ditemui oleh penduduk Kuala Besut kerana sememangnya menetap di sini.

Berbeza dengan calon BN katanya, walaupun keluarganya berasal dari Kuala Besut, tapi bertugas dan tinggal di Putrajaya.

"Kita biar jadi 16:16 sekali. Kita tengok nak jadi macam mana. Kalau main bola, bila seri kena penalti.

"Sekurang-kurangnya Mat Said tahu kita oarang Kuala Besut tak pernah lupa apa yang dia pernah buat kepada kita," katanya./~harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist