BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah
mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000
keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.
Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.
Omar Sulong, 80 (gambar)
dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan
pernah bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun
kalah.
“Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia
akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga
akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di sini.
Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.
Bagaimanapun
beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi
bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula
mulai berjinak dengan Umno.
“Pakcik memang kenal rapat dengan
keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika
di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.
“Dan
selepas tamat belajar dia mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala
Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke
Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.
“Lama keluarga dia
tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga
membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa
Tengku Zaihan,” ujarnya.
Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah
memberitahu mempunyai keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai
kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.
Bagaimanapun
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian
keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini.
Pakcik
Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali
sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk
menyewa rumahnya.
Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar.
“Pakcik
minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian
pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man,
namun pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat,” katanya.
Selepas
itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung
Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang.
Manakala
penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man
mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung
yang datang.
“Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya,” ujar beliau.
Kata
pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan
ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah
tahu siapa Ustaz Man sebenarnya./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-