KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily
bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin
telah mengatasi bosnya Datuk Seri Najib Razak di dalam Umno.
“Malah
isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada
(Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi
Harakahdaily pagi tadi.
Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.
“Ada
orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada
Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk
membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan
tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.
Menurut
sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di
dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun
Mahathir Mohamad.
“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib
bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh
menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha
Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena,
tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila
diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai
presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.
Beliau
turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu
menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan
menjatuhkan Najib.
Blogger pro-Mahathir dan bekas editor NST A
Kadir Jasin menulis pada hari Ahad yang lalu bahawa Umno hanya akan
berubah sekiranya mereka tewas di Kuala Besut.
“Harapan Umno
berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini
adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam
PRU. Wallahualam,” tulis Kadir.
Kadir turut berkata BN mungkin kalah di Kuala Besut sebagaimana ia tewas di Kuala Terengganu selepas pilihanraya 2008.
“Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.
"BN
meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri
waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Media menguar-uarkan kemenangan
besar bagi BN. Dia kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut,
dengan defisit undi sebanyak 2,631.
"Tidak mustahil hal yang sama
berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas
ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar,
adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah
Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434,” tambah beliau.
Sumber Umno menyatakan bahawa Kadir sememangnya berharap agar Muhyiddin akan mencabar Najib sebagaimana beliau.
“Kadir
dalam tulisannya menulis Muhyiddin 'tidak berminat' mencabar Najib
kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan
semua PM sebenarnya sedikit tersasar. Muhyiddin cuma sedikit terkilan
apabila Mahathir berkata tiada dalam Umno yang layak menggantikan Najib.
Tapi Daim telah memberikan keyakinan semula padanya kerana kuat melobi
jawatan presiden dipertandingkan.
"Bagi Muhyiddin, sekiranya Tan
Sri membaca ini, tolong bertanding untuk selamatkan Umno daripada terus
reput. Kami perlu kepimpinan yang baru. Kami hendakkan juga Puan Sri
Noraini menggantikan tempat Rosmah. Semua ahli Umno kini hanya menunggu
isyarat daripada Tan Sri. Asalkan Tan Sri bagi signal, kita semua akan
bersatu di belakang Tan Sri untuk memaksa Najib mengundur diri daripada
tewas di tangan Tan Sri,” rayu sumber Umno itu sebelum menamatkan
perbualan./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-