.

Wednesday, 3 July 2013

Kad pengenalan palsu dikesan dalam RCI Sabah hari ini

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah (RCI) hari ini berjaya mengesan kad pengenalan palsu milik seorang warga Indonesia, berusia 46 tahun.

Ishak Us'luan yang lahir di Timor, Lambata, Indonesia didapati mempunyai kad pengenalan palsu sejak 1984, setahun selepas beliau memasuki Sabah untuk bekerja ketika RCI membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) nombor kad pengenalan milik Ishak didapati tidak berada dalam pangkalan data JPN.

"Kami telah semak dengan JPN tiada rekod IC kamu," kata pegawai penyiasat Jamil Aripin kepada Ishak yang membuatkan dia terdiam ketika memberi keterangan hari ini.

Bekas hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Shim Lip Kiong kemudiannya mengarahkan Jamil melakukan tindakan sewajarnya berdasarkan penemuan tersebut sama ada mahu merampas kad pengenalan Ishak atau tidak.

Jamil kemudiannya memutuskan Ishak diiringi pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke konsulat Indonesia di Sabah bagi mendapatkan passport Indonesia ekoran dia kini tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Ketika memberikan keterangan, Ishak berkata beliau telah dua kali memperolehi kad pengenalan selepas kehilangan kad pengenalan pertamanya di kebun bunga, tempat dia bekerja.

"Semasa tahun 1984 dapat kad pengenalan ... ada orang dari Semporna bernama Usman Lajat, masa jalan dia meminta kami buat kad pengenalan, masa itu kami ada 17 orang yang buat (kad pengenalan), di situlah keluar kad pengenalan kami," katanya ketika memberi keterangan kepada panel RCI.

Kesemua rakan-rakannya itu jelas Ishak dikehendaki membayar RM40 kepada lelaki bernama Usman sebagai "duit minyak".

"Usman isi borang dan ambil cap jari kami ... kemudian dua bulan dia datang semula bawa IC biru," kata Ishak.

Ekoran kehilangan kad pengenalan pertamanya itu, Ishak kemudian berusaha membuat kad pengenalan untuk kali kedua di JPN Tawau, namun gagal.

"Atas bantuan seorang di Semporna, saya minta dia uruskan dengan bayaran RM500 ...  saya dapat Mykad," katanya yang tidak mengingati nama individu tersebut. - 3 Julai, 2013./~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist