.

Wednesday 24 July 2013

BN dahului PAS di Kuala Besut



Penduduk Kuala Besut menunaikan tanggungjawab keluar mengundi pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.Penduduk Kuala Besut menunaikan tanggungjawab keluar mengundi pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.Berdasarkan keputusan awal yang diperolehi, Barisan Nasional (BN) dijangka menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bahkan boleh menambahkan majoritinya.

Keputusan awal yang diterima bilik gerakan parti masing-masing menunjukkan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berada di depan berbanding calon PAS, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh
pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.
Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walaupun jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang semua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya. – 24 Julai, 2013.?~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist