Saturday, 15 June 2013

Peserta ‘flash mob’ Black 505 ditahan depan Sogo

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Sekurang-kurangnya 15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.
flashmob Black 505Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.

“Saya bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya.

Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya.
flashmobMenurutnya, kumpulan mereka yang berhimpun sejak jam 2 petang diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform dan preman.

“Ada yang berucap secara ringkas. Sebahagian berdiri di pinggir jalan dan bawa plakad bantah penipuan pilihan raya. Pamnadu kereta pun beri sokongan dengan bunyikan hon.

“Tiba-tiba, beberapa polis dekati orang yang berucap. Hanya runding sekejap dan mereka terus tahan untuk dibawa ke trak polis,” katanya.

Flash mob Black 505 di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini adalah siri pertama program menuju kemuncak himpunan Suara Rakyat Black 505, 22 Jun depan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53401
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)