Hazayani Zakaria, | 20 Jun 2013 |
KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu
pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan
sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.
Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad. /~harakahdaily