Blok pembangkang memberi amaran untuk memberi tentangan keras sekiranya
pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 24 Jun tidak dijalankan
melalui secara undi rahsia.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim berkata Parlimen akan berdepan dengan "perang besar" dari blok
pembangkang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.
"Kalau kamu
gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker,
kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," katanya.
Beliau mensasarkan amaran tersebut kepada sekretariat Parlimen, yang akan menjalankan pengundian tersebut.
Bercakap
dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat,
Anwar sekali lagi menekankan bahawa gabungan parti itu mahu bekas hakim
Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua
Dewan Rakyat.
Pakatan juga akan mencadangkan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.
Anwar berkata Pakatan dimaklumkan tempoh speaker bagi sesi lalu akan tamat pada 23 Jun ini.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara konsensus meminta beliau menyambung sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat
Anwar
turut mengulangi bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir dalam
majlis angkat sumpah bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong yang akan
merasmikan sesi parlimen kali ini.
[Baca berita penuh]
Ancaman terhadap institmmmm
18 minutes ago