Walaupun PRU 13 sudah berlangsung hampir dua bulan. Isu perjalanan
pilihan raya tidak terhenti setakat itu sahaja. Ahli Parlimen BN cuba
mempertahankan SPR, jika PRU tidak telus macam mana 89 ahli parlimen
boleh menang dan tiga negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Jawapan
spontan, fasal tipu kami hanya menang tiga negeri. Jika tidak tipu, PR
menang 13 negeri.
Isu dakwat kekal adalah bukti terbaru,
bagaimana jawapan pemimpin BN yang flip flop. Seolah-olah skrip drama
tidak menjadi, kerana pengarah mati menyebabkan pelakon hilang arah.
Kenapa? Ini yang menjadi tanda tanya.
Memang daripada mula
lagi, soal penggunaan dakwat ini SPR berdolak dalik. Mula-mula hendak
kena tanya Majlis Fatwa, boleh atau tidak, apabila Majlis Fatwa kata
boleh. Pihak SPR kata tahan tujuh hari. Apabila terbukti dakwat tidak
kekal dan boleh dihilangkan dengan mudah pada hari mengundi awal. Maka
SPR mengatakan, sepatutnya dakwat perlu digoncang 30 saat setiap dua
jam.
Semua pengundi terkejut apabila dakwat yang digunakan tidak
kekal. Maka, mulalah pemimpin BN berpantun, mengatakan dakwat kekal
ada Silver Nitrat yang boleh merbahaya kesihatan. Oleh itu kandungannya
dikurangkan, inilah yang menyebabkan dakwat tidak kekal seperti
kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno.
Rakyat lagi
pening dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya
mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.
Tengku
Adnan pula mengatakan dakwat kekal tidak perlu kerana Malaysia bukan
negara dunia ketiga. Ertinya negara sudah maju. Maju apa? Maju penipu?
Sebanyak
RM7.1 juta dibelanjakan untuk dakwat kekal, malangnya nama syarikat
yang membekal tidak diberi tahu apabila disoal di dalam Parlimen. Atas
alasan keselamatan. Rakyat tidak kisah walau pun habis RM1 bilion untuk
dakwat asalkan buat kerja dengan betul. Jika macam ini punya keadaan,
RM1 pun rakyat tidak redha untuk dibelanja membeli dakwat yang tidak
kekal. Rakyat Malaysia bernasib malang kerana mendapat pemimpin yang
sering menipu. Terbaru dakwat yang dibeli dengan harga yang begitu
mahal, tiba-tiba tidak mencapai hajat rakyat./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-