Oleh: Shahbudin Husin
Sepertimana
 yang diduga, tidak ada lantikan yang begitu memeranjatkan dalam susunan
 kabinet baru yang diumumkan Najib hari ini. Selain masih mengekalkan 
orang-orang lama dalam kabinetnya, perlantikan baru yang dibuatnya 
seperti Shahidan Kassim, Tengku Adnan Tengku Mansor, Idris Jusoh dan 
Wahid Omar juga tidaklah begitu mengejutkan banyak pihak.
Namun terdapat beberapa perkara yang mengecewakan dan menggembirakan dalam perlantikan yant diumumkan Najib kali ini.
Sebelum ini ramai yang mengharapkan, lebih-lagi dengan keputusan 
piliharaya yang tidak begitu memberangsangkan, Najib hanya menumpukan 
kepada jawatan Perdana Menteri saja dan tidak memegang jawatan menteri 
dalam masa yang sama. Dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Najib
 diharapkan memberi tumpuan memantau keberkesanan menteri-menterinya 
saja. Daim Zainuddin juga turut pernah memberi pandangan yang sama, atas
 alasan tugas sebagai Perdana Menteri sudah cukup berat buat Najib.
Malangnya Najib nampaknya tidak menghiraukan semua pandangan tersebut dengan terus mengekalkan dirinya sebagai Menteri Kewangan.
Sebelum ini juga, ramai yang kecewa dengan prestasi Hishammuddin sebagai
 Menteri Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan yang 
dianggap tidak menunjukkan pretasi membanggakan dalam  mengendalikan 
kementerian masing-masing, terutama apabila berdepan dengan aspek 
keselamatan dan pertahanan negara. Ramai yang mengharapkan kedua-dua 
menteri itu ditukarkan ke kementerian lain yang sesuai dengan watak 
keduanya yang suka tersenyum dan kuat ketawa itu.
Malangnya, Najib hanya menukarkan kerusi antara kedua menteri itu. Zahid
 bertukar ke Kementerian Dalam Negeri manakala Hishammuddin ke 
Kementerian Pertahanan. Ini benar-benar mengecewakan ramai orang.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang mana keharmonian dan perpaduan
 sentiasa menjadi teras penting, kabinet Najib kali ini agak 
mengecewakan kerana tidak terdapatnya wakil MCA dan Gerakan, sesuai 
dengan permintaan kedua-dua parti itu yang malu untuk menerima jawatan 
kabinet sedangkan tidak disokong oleh kaum Cina. Keputusan ini seakan 
menghukum masyarakat Cina berikutan sokongan hampir 90 peratus 
pengundinya kepada calon-calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu.
Sampai bila keadaan ini akan berlarutan, tentunya menarik untuk terus 
diperhatian dan apakah ketiadaan wakil Cina dalam kabinet ini akan 
menjadikan MCA dan Gerakan mendapat sokongan semula daripada pengundi 
Cina atau sebaliknya akan menjadikan MCA dan Gerakan terus lumpuh dalam 
PRU 14 nanti?
Rakyat dan UMNO Selangor juga tentunya kecewa kerana tiada wakil mereka 
dalam kabinet kali ini. Satu-satunya menterinya, Noh Omar turut 
digugurkan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani. Terlihat di sini 
bahawa Najib begitu kecewa dengan prestasi UMNO Selangor, bukan saja 
gagal menawan semula negeri itu bahkan juga menambah kerusi Parlimennya,
 lalu Najib seakan menghukum UMNO Selangor dan Noh Omar kali ini.
Yang agak menggembirakan, Najib nampaknya memberi pengiktirafan kepada 
golongan muda. Selain KJ dijadikan Menteri Belia dan Sukan dan Naibnya, 
Razali Ibrahim dikekalkan sebagai timbalan menteri, Ketua Puteri, Rosnah
 Abdul Sirin juga turut dikekalkan sebagai timbalan menteri.
Perlantikan paling disambut baik oleh semua golongan, bukan saja atas 
kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO tetapi juga kerana wibawa, 
ketokohan dan keberaniannya sebagai pemimpin. Ramai orang bercakap 
mengenai perlantikannya dan begitu juga yang mengucapkan tahniah 
kepadanya.
Dalam masa yang sama, seorang lagi tokoh muda, Abdul Rahman Dahlan turut
 dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan 
Tempatan yang turut dilihat sebagai usaha untuk menyelesaikan banyak 
masalah yang melibatkan orang-orang muda, terutamanya generasi muda di 
bandar.
Orang Sabah dan Sarawak juga tentunya gembira dengan kabinet kali ini 
kerana banyak wakil daripada kedua negeri itu berbanding sebelumnya. Ini
 bukan saja sesuai dengan Sabah dan Sarawak yang menyumbang 47 kerusi 
daripada 133 kerusi yang dimenangi BN tetapi penambahan ini tentunya 
bermaksud untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya episod 16 September 
dan kejadian lompat parti.
Dengan ramai menteri dan timbalan menteri dari Borneo ini, harapan untuk
 melihat kemungkinan wakilnya yang kecewa lalu melompat parti bagi 
menyokong Pakatan Rakyat menggulingkan BN, hampir pasti tidak akan 
berlaku.
Bagi Kedah,pagi tadi ramai yang kecewa apabila mendapati nama Ahmad 
Bashah tidak tersenarai sebagai EXCO negeri itu dan merasakan 
seolah-olah perjuangannya menawan kembali negeri itu tidak dihargai 
tetapi dengan perlantikannya sebagai timbalan menteri mewakili Kedah 
bersama Mahathir Khalid, sekurang-kurangnya ia merupakan berita yang 
menggembirakan juga. Kekecewaan tidak dapat jadi Menteri Besar Kedah 
juga sudah terubat rasanya.
Apa pun, di sebalik semua perlantikan ini, baik sebagai menteri atau 
timbalan menteri, harapan rakyat berikutan keputusan PRU 13, tetap 
tinggi agar semua mereka ini lebih mengutamakan kepentingan negara 
berbanding keutamaan-keutamaan lain. (SH 15/05/2013)
 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 

 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
