KUALA
 LUMPUR: Barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam 
adalah yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan semua Perdana 
Menteri Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara.
Malah, kata Lim Kit 
Siang, ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan 
Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.
Ini,
 ujarnya kerana Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru 
untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan
 politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan.
Katanya,
 ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama 
kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi Perdana Menteri 
telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik “hitam” di 
dalam negara.
Ini, tambahnya seperti
 yang disaksikan pada 30,000 orang di perhimpunan “Black 505” di Ulu 
Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu
 lagi perhimpunan “Black 505” di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan 
Kuantan yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, 
agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang 
sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik 
negara.
Penasihat
 DAP itu berkata, rakyat Malaysia terutamanya orang muda tidak mengira 
kaum, agama dan jantina, marah dengan ketidakadilan sistem demokrasi dan
 pilihan raya menyatakan pendirian terhadap kekecewaan dan kemarahan 
pada keputusan PRU13 juga terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana 
Menteri, memandangkan mereka rasa dirompak hak asasi demokrasi mereka 
untuk menentukan masa depan politik negara.
Pertama,
 katanya majoriti 51 peratus undi popular menyokong Pakatan Rakyat dan 
Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, sementara Najib dan 
Barisan Nasional Berjaya mendapat hanya 47% undi popular.
“Kedua,
 sekiranya PRU13 bersih, bebas dan adil, undi popular Pakatan Rakyat dan
 Anwar tentu telah melebihi daripada 60 peratus malah mencecah lebih 
65%, juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi parlimen di dalam 
negara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu 
kenyataan.
Ketiga,
 tambah Lim Kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam telah menambah 
lagi ketidakabsahan beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU13.
 “Ia
 bukanlah Kabinet untuk semua rakyat Malaysia, kerana sasarannya ialah 
bagi memastikan Najib dapat berjaya dalam perebutan kuasa di dalam Umno 
hujung tahun ini ketika pemilihan parti Umno,” katanya lagi. 
(HarakahDaily)
 

 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
