Sunday, 12 May 2013

Siaran langsung himpunan ‘Black 505′ malam ini dari Ipoh, Perak

Siaran langsung himpunan ‘Black 505′ malam ini dari Ipoh, Perak


black505_PerakIPOH 12 MEI: Program Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ peringkat negeri Perak akan diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam ini.

Mereka yang tinggal di sekitar bandaraya Ipoh digalakkan hadir beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik terkuburnya demokrasi di negara ini.

Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet mulai jam 8 malam. Sila klik pautan ini.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan pidato kepada rakyat Perak malam ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamalauddin dan ADUN Setiawan yang juga ahli parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Himpunan ‘Black 505′ peringkat Perak malam ini adalah yang ketiga dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei)

Himpunan ‘Black 505′ turut diadakan di Kuantan, Pahang pada hari Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei

-keadilandaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)