KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ‘ditendang’ dari jawatan Perdana
Menteri.
Ini berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13)
lebih lemah berbanding prestasi Tun Abdulah Ahmad Badawi pada 2008
dahulu.
Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno ‘tendang’
Pak Lah daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah
pada PRU12.
“Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah. (Oleh itu)
kalau dulu Pak Lah ‘ditendang’, kenapa Najib tidak ditendang?” soal
Husam.
Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS
Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13, di Pasir Tumboh dekat sini malam
tadi, dipetik dari Kelab Greenboc
Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Hadir
sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan ADUN
Demit Mumtaz Md Nawi.
Beri Muhyiddin peluang
Husam juga mencadangkan agar Najib meletakkan jawatan dan memberi
peluang kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana
Menteri.
“Saya bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada
Muhyiddin. Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu
apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya,” katanya.
Husam mengulas perkembangan semasa ke arah pembentukan Kerajaan di
bawah kepimpinan Najib, yang juga Presiden Umno dan Barisan Nasional
selepas PRU-13.
Umum mengetahui pencapaian Najib adalah jauh lebih rendah daripada
pencapaian Pak Lah pada PRU-12, prestasi terburuk BN sejak negara
mencapai kemerdekaan pada 1957.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut kecewa dengan
prestasi Najib berbanding dengan prestasi Pak Lah tetapi dan tidak pasti
sama ada Mahathir turut menggesa supaya Najib meletakkan jawatan.
Menurut Naib Presiden PAS itu, undi keseluruhan yang diperolehi BN di
bawah kepimpinan Najib pada PRU-13, 5 Mei lalu adalah di bawah 50
peratus, iaitu kira-kira 47% sahaja.
Pakatan Rakyat pula mendapat undi majoriti di seluruh negara sebanyak
250,000 lebih berbanding BN walaupun memenangi hanya 89 kerusi Parlimen
manakala BN pula memenangi kurang tujuh kerusi Parlimen, dari 140
kerusi pada 2008 merosot kepada 133 kerusi./~TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-