Oleh: Shahbudin Husin
Keputusan
 pilihanraya yang baru ini tidak menjanjikan masa depan yang baik bagi 
Najib. Sementara tiada sebarang pujian yang dittujukan kepadanya, malah 
tiada majlis meraikan kemenangan pun diadakan,  Najib bahkan sudah mula 
menerima kritikan berhubung keputusan  buruk kali ini.
Selain pengundi Cina yang tidak memihak kepada BN cuba persalahkan dan 
api perkauman sedang cuba dibakar untuk menutup kelemahan, bekas Perdana
 Menteri, Tun Mahathir juga tidak menjangka Najib mencapai keputusan 
yang lebih buruk daripada Pak Lah pada 2008.
Malah Mahathir juga membayangkan Najib bakal berdepan dengan kritikan 
daripada dalam UMNO sendiri berhubung keputusan buruk pilihanraya ini, 
sambil berkata Najib hanya boleh kekal sebagai Perdana Menteri selagi 
UMNO menyokongnya.
Kenyataan Mahathir yang begitu pantas menyebut Najib lebih teruk 
daripada Pak Lah mengingatkan kepada amaran beliau sebelum ini bahawa 
Najib  seharusnya berundur jika tidak mampu mencapai keputusan yang 
lebih baik daripada Pak Lah.
Pilihanraya 2008 menyaksikan Pak Lah mendapat hanya 140 kerusi dan 
hilang majoriti dua pertiga. Beliau kemudian dipaksa berundur atas nama 
peralihan kuasa untuk menyelamatkan masa depan UMNO. Najib pula hanya 
mampu mencapai 133 kerusi, juga hilang dua pertiga dan kemerosotan 
sokongan pengundi Cina yang lebih ketara.
Walaupun Najib dan BN kali ini menghadapi persaingan sengit daripada PR,
 hakikatnya beliau telah gagal mengatasi kelemahan Pak Lah walaupun 
dalam masa yang sama Mahathir dan seluruh pimpinan UMNO berdiri teguh di
 belakangnya. Ini berbeza dengan Pak Lah yang ketika itu menghadapi 
tentangan dan ingin dijatuhkan oleh Mahathir.
Keputusan kali ini bukan saja menyaksikan BN berkurangan 7 kerusi 
Parlimen, tetapi juga kehilangan 71 kerusi DUN berbanding 2008.
Meskipun Kedah dapat kembali ditawan dan Perak yang dirampas melalui 
pintu belakang dapat dikekalkan, tetapi Najib juga gagal menawan kembali
 Selangor yang mana beliau mempertaruhkan dirinya sebagai Pengerusi 
Perhubungan UMNO Selangor dan Pengarah Pilihanraya negeri itu.
Ini menjadikan kegagalan Najib lebih berganda sebenarnya.
Malah dengan trend pengundian kali ini di mana BN hanya kekal kukuh di 
luar bandar sementara pengundi Cina, pengundi bandar serta generasi muda
 menolaknya, masa depan UMNO dan BN terus menjadi tidak menentu 
menjelang PRU 14 akan datang.
Tidak itu saja, peratusan undi popular rakyat juga jelas tidak memihak 
kepada BN di mana pencapaiannya hanya 47 peratus saja manakala PR mampu 
mengaut lebih 50 peratus.
Sebagai Perdana Menteri pula Najib sebenarnya mempunyai masa yang 
terlebih cukup untuk membuktikan keupayaannya sebelum pilihanraya lalu 
di mana beliau mempunyai tempoh selama 4 tahun sejak mengambil alihnya 
daripada Pak Lah pada 2009 lalu.
Kebimbangan kini bukan saja mengenai masa depan UMNO dan BN dalam PRU 14
 akan datang tetapi juga apakah Najib sedia berkorban untuk 
menyelamatkan UMNO dan BN? Jika Najib kekal lagi mengemudi PRU 14, jelas
 bahawa pencapaian yang lebih baik adalah mustahil.
UMNO dan BN perlu pemimpin yang lebih baik dan diterima untuk menghadapi
 pilihanraya seterusnya. Mahathir yang dianggap masih berpengaruh dalam 
UMNO jelas memberi bayangan tentang masa depan Najib apabila mengatakan 
beliau lebih teruk daripada Pak Lah. Sama ada Najib memahami signal itu 
atau peralihan kuasa perlu dilakukan dalam pemilihan UMNO yang dijangka 
hujung tahun ini atau setahun dua selepas itu, hakikatnya pertukaran 
kepimpinan UMNO merupakan sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi jika 
parti itu ingin bernafas lagi.
Di mana-mana pun, pemimpin yang gagal harus berundur. UMNO sendiri sudah
 meletakkan penanda aras sebegitu untuk memperbaiki halatujunya dengan 
Tunku Abdul Rahman melaluinya pada 1969 dan Pak Lah pada 2008.
Najib juga tidak seharusnya lari daripada hakikat itu. (SH 08/05/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
