.

Friday, 3 May 2013

Lapor kes dakwat kekal: Mejar ditukar serta merta

PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan  ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.


(Laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi, isteri dan rakan-rakannya tersebar merata. Kerana membuat laporan polis beliau dipersalahkan dan ditukar serta merta)

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu./~harakahdaily

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Wak Dogol's avatar

Wak Dogol · 636 weeks ago

Tahniah MEjar atas keberanian anda....Allah tetap bersama orang yang dizalimi.Allah yang menentukan rezeki kita bukan manusia.Kehidupan dunia adalah sementara,akhirat tempat yang kekal
Demi Rakyat's avatar

Demi Rakyat · 636 weeks ago

Tabik hormat kepada Mejar , isteri dan rakan. Semoga Allah memberi rahmat ke atas Tuan kerana usaha menyatakan kebenaran. Amin
3 replies · active 636 weeks ago
BILA KITA KATA BN ZALIM BN MARAH,, DAH TERANG2 ANIAYA ORANG MACAM MANA TU.. NI ORANG2 YG SOKONG BN MEMANG BUTA HATI..
mende yg terangnye.cube tunjuk repotnye.pantang kutuk kerajaan misti ko percaye bulat2.buduh
robert dan's avatar

robert dan · 636 weeks ago

Ada ayat dlm quran maksudnya '........telah ditutup pintu hati mereka'
gelombang selatan's avatar

gelombang selatan · 636 weeks ago

YA ALLAH... Kami memohon kekuasaanMU agar pegawai TUDM, rakannya dan seluruh ahli keluarga diberikan kebaikan di dunia dan keselamatan di Akhirat... Semoga dgn kemenangan PR ini dapat memberikan keadilan buat mereka semua
tunjuk la laporannya.jgn nak buat fitnah je
robert dan's avatar

robert dan · 636 weeks ago

Zaidi dan angota2 tentera yg telah dgn beraninya membongkar penipuan spr,tahniah kerana kamu lah pejuang dan wira negara yg sebenarnya.jgn berdukacita kerana rakyat dan lebih2 lagi Allah bersama kamu semua.SPR apa lagi penipuan kamu lepas ni 'DASAR PENCACAI UNMO BN"kamu setaraf mat rempittt!!!!!!!
1 reply · active 636 weeks ago
tabik hormat tuan,keberanian tuan membaggakan kepada seluruh rakyat malaysia.selamat bertugas ditempat tuan.
Nak kekalkan Dakwat kita kena Goncang
Nak kekalkan kerajaan UMNO pun kita kena Goncang.
Goncang macam mana?
Cara yang mustajab: ABU!
Syabas kepada Mejar, isteri dan rakan2. Keberanian yang ditunjukan bukan dimedan peperangan sahaja tetapi dimedan kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh golongan yang zalim. You all semua lah sebenarnya wira negara dan rakyat.
Kepada semua penjawat awam, kamulah sebagai penimbang tara kepada kerajaan - Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Kamu sebagai pelaksana dasar kerajaan tetapi dasar yang lari dari kebenaran sewajibnya ditentang habis-habisan.
Insyaallah! kebenaran kalian akan mendapat perlindungan dari ALLAH SWT. Takbir.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist