KUALA LUMPUR: Orang berkata penggunaan bahasa melambang watak dan keperibadian seseorang.
Mungkin itulah yang ingin dicerminkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua
Penerangan Umno hari ini dalam tulisannya di Utusan Malaysia yang
bertajuk: “Jangan ‘meliwat’ fikiran rakyat”.
Dalam artikelnya, Ahmad menekankan bahawa himpunan aman dan
demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan
terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan
raya.
Sambil mengakui bahawa BN tewas undi popular di tangan Pakatan
Rakyat, Ahmad berkata sistem pilihanraya negara mementingkan jumlah
kerusi yang dimenangi.
“Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak
memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan
memalukan diri sendiri. Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri.
Malulah dan hormatilah rakyat.
“Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria menjelaskan, BN berjaya meraih
47% undi popular, manakala PKR 20.0%, DAP 15.4% dan Pas 14.5% (jika
dijumlahkan hanya 49.9%),” kata beliau.
Namun bagaimana pengetahuan dan akal boleh ‘diliwat’ hanyalah Ahmad yang mengetahuinya.
Sebelum ini, Ahmad turut menimbulkan kontroversi apabila mengaku
menonton video lucah yang diledakkan oleh Datuk T bersama isterinya.
“Apa yang telah disahkan oleh (Datuk Shazryl) Eskay adalah benar dan
siapa yang melihat video itu mengaku ia adalah benar. Ya, saya tonton
dengan isteri saya,” kata beliau.
Mengenai dakwat kekal yang tidak kekal, Ahmad berkata BN memberikan
sokongan penuh kepada nasihat profesional pakar-pakar di Kementerian
Kesihatan dan keputusan SPR untuk mengutamakan dan melindungi pengundi
daripada bahaya kanser dan penyakit buah pinggang akibat kandungan bahan
silver nitrat yang tinggi.
“Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari
pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat
perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih
tinggi,” kata beliau.
Namun begitu, Maslan tidak mengulas mengapa SPR sendiri memberi
jaminan dakwat kekal akan tahan tujuh hari, terutamanya untuk para
pengundi awal.
Dan lebih teruk lagi, mengapa alasan sedemikian tidak dimaklumkan
kepada rakyat sebelum tarikh mengundi bagi pengundi awal dan hari
mengundi?
Tepuk dada tanya iman sendiri.
-harakahdaily
Ahli kelab motosikal lepak, baring dalam ‘mini market’
4 minutes ago