.

Thursday 23 May 2013

KEADILAN mengutuk penahanan Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim


KEADILAN mengutuk penahanan Naib Presiden KEADILAN Tian Chua, Tamrin Ghafar daripada PAS dan Pengerusi Asalkan Bukan UMNO Haris Ibrahim pada hari ini di bawah Akta Hasutan.

Ini satu lagi bukti bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih lagi terperangkap dengan dasar-dasar lapuk UMNO-BN.

Pada tahun lepas, Najib mengumumkan bahawa Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan undang-undang zalim tersebut, Akta Hasutan yang digubal penjajah tersebut kekal. Dakwaan bahawa beliau mahukan rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya baru-baru ini juga terbukti janji kosong semata-mata. Ini adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Penahanan terbaru ini berlaku selepas dakwaan terhadap saya di bawah Akta Perhimpunan Aman dan penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan.

Ironisnya, ramai pimpinan UMNO-BN dan akhbar mereka Utusan Malaysia terus membakar sentimen perkauman namun tiada tindakan diambil ke atas mereka sedangkan pimpinan yang berjuang untuk demokrasi menjadi mangsa. Ini menunjukkan hipokrasi pentadbiran Najib.

KEADILAN mendesak pembebasan serta-merta Tian Chua, Tamrin dan Haris dan pemberhentian pendakwaan bermotifkan politik terhadap aktivis Pakatan dan NGO.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua KomunikasiParti KeADILan Rakyat


-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist