.

Sunday 12 May 2013

Ahmad Said memalukan rakyat Terengganu lagi

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Said setelah sahaja selesai majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar mungkin mengejutkan banyak pihak. Ia nampak angkuh dan meroyan tak sedarkan diri. Tetapi ia mungkin sesuatu perkara yang biasa bagi rakyat Terengganu sentiasa mengikuti perkembangan serta kenyataan MB Terengganu tersebut.
"Development will continue as promised, nonetheless construction of affordable houses will not be built in the state constituencies we lost, we will build in the areas won by BN,"-Bernama

Ia kenyataan politik berbaur provokasi dan sombong malah tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar MB. Tugas yang sepatutnya memastikan urus tadbir kerajaan negeri berjalan lancar dan kesemua rakyat dapat menikmati keharmonian secara bersama bertukar kepada kerelaan untuk rakyat membenci kerajaan dan bersedia menghadapi kejatuhan kerajaan yang hanya mendapat majoriti dua kerusi itu.

Jauh sekali berbeza dengan sikap serta kenyataan yang dikeluarkan oleh MP Kuala Nerus, YB Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS). Beliau mengucapkan tahniah kepada MB Terengganu yang selamat mengangkat sumpah serta mengajak seluruh wakil rakyat di negeri tersebut menunaikan amanah kepada seluruh rakyat tanpa mengira parti.

Dengan keyataan Datuk Seri Ahmad Said itu, dalam tidak sedar itu telah melukakan hati mereka yang setia bersama BN dan berada di kawasan yang dimenangi PAS. Seramai 139,729 orang! ‘Berita gembira’ pula untuk penyokong PAS yang berada di kawasan yang dimenangi BN seramai 111,630 orang.

Beliau jelas masih gagal untuk memahami perbezaan antara tugas kerajaan dan tugas parti. Sikap susah faham atau malas nak cuba faham ini mungkin boleh diterima jika ia datang dari seoarang pentaasub parti, tetapi ia sangat memalukan apabila keluar dari mulut seorang MB.

Hakikat sebuah parti politik hanyalah satu badan mereka yang bersatu untuk bersama membina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang telah dipersetujui secara kolektif. Kerajaan yang dibentuk pula menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Ianya dengan seruan Islam yang mewajibkan pemerintah paling tidak menyediakan tiga keperluan asas untuk rakyat iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Keengganan beliau untuk meneruskan pembinaan rumah mampu milik di kawasan yang tidak dimenangi oleh BN jelas menunjukkan bahawa beliau gagal memahami konsep KEADILAN yang merupakan tema paling utama di dalam Al-Quran. Saya merasakan sangat elok jika para ‘alim ulama dan NGO yang komited membela ‘Melayu Islam’ mengadakan talaqqi (pengajian) khusus untuk Datuk Seri MB berkaitan Tafsir Surah Al-Maidah, ayat 8 serta Tasir Surah An-Nisa’, ayat 58. Kalau tak faham juga, maka ia merupakan ‘zaman gelap’ untuk rakyat Terengganu, dipimpin oleh MB yang susah faham.

Bagaimana mungkin bagi rakyat di bawah dapat memenuhi semangat ‘rakyat mengasihi kerajaan’ jika pemerintah di atas sendiri yang meniupkan api kebencian dan politik balas dendam. Politik matang membentuk sistem politik dwi-parti yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang. Rakyat hanya perlu memilih antara parti yang lebih baik dan parti yang baik. Tetapi politik Datuk Seri Ahmad Said masih jauh ketinggalan di belakang yang menganggap sistem dwi-parti sebagai mekanisme balas-budi dan dendam kesumat lantas memaksa rakyat untuk membuat keputusan memilih antara parti yang bodoh sombong dan parti yang berfikiran terbuka.

Saya bahkan seluruh rakyat Terengganu sangat mengharapkan beliau  lebih berfikir secara praktikal. Politik kepartian sudah masanya untuk dihentikan. Beliau yang mewakili BN perlu melanggani konsep parti mengusai kerajaan secara lebih cermat dan teliti supaya urusan kerajaan negeri dan urusan rakyat dapat dilaksanakan dengan baik.

Berhentilah dari mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang jelas menggugat kewibawaan dan profesionalisma beliau sebagai Menteri Besar. Sikap sebegini jika diteruskan hanya menguatkan lagi semangat kem Idris Jusoh untuk mengatakan, ‘Mat Said memang tak layak jadi MB!’. 
Biarlah ikhlas dalam berbakti, barulah kebencian rakyat dapat dihenti.

16 comments:

  1. saya sebagai rakyat trganu sangat sedih...baru sedikit kuasa yg allah berikan ahmad anak said sudah angkuh dan sombong ternyata sengaja menempah bala binasa dan kehancuran kerajaan bn pimpinan anda. teruskan mengkhianati anak2 yatim ibu tunggal dan fakir miskin nafikan hak mereka. allahuakbar alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Apa yg bole dikatakan di sini adalah sungguh memalukan kenyataan dr seorg MB. Mana pegi demokrasi yg BN laung-laungkan selama ini. Nampak sgt temberang drp terbilang. Jangan berlaku zalim dan takbur atas amanah yg rakyat Terengganu berikan. Hari tidak selalu akan cerah. Ada ketikanya mendung menyelubungi tak kira waktu tak kira masa. Kuasa dan pangkat hanya seketika dan bila sampai masanya ia akan hilang dari dan pergi jua. Nasihat dari rakyat bawahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eluk begitu. Hadi kena berkhidmat untuk kawasan yang diwakili. Bukan dengan bagi ceramah je tau..

      awang sulung

      Delete
    2. betul apa yg ahmad said ckp..minta la bantuan menteri yg menang tmpt tu..mrk dah pilih kan?

      Delete
  3. satu kenyataan yg dangkal dan bersifat ingin membalas dendam atas kekalahan bn dalam pru13. Ingat saudara mat said, jawatan adalah amanah dan tugas pemerintah sediakan tempat tinggal, prasarana yg baik untuk rakyat samada suka atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu buat apa-apa di kawasan Hadi. Sebab Hadi selalu cari lubang untuk maki.

      Delete
  4. kalau inilah statement yang diluahkan oleh seorang menteri,amatlah mengecewakan rakyat khasnya warga terengganu.bagaimana agaknya yb ini hendak menghukum warga terengganu yang mengundi selain dari bn/umno?.dalam kawasan bn/umno menang yang pasti ada juga warga pengundi disitu mengundi bukan bn/umno.macamana agaknya yb menteri mencari pengundi ini untok diberi hukuman yang beliau ingin lakukan?.bukankah undi warga terengganu/rakyat malaysia adalah rahsia?. adakah spr sekali lagi ingin menjadi wira serta barua bn/umno?.sudahlah rakyat ditipu oleh kerenah dakwat kekal yang dengan mudah dihilangkan/luntur dengan mengunakan air lior dan air ludah sahaja[kepekatan yang dijamin akan kekal selama 5-7hari]sesudah mengundi.kalaulah menteri besar ini mahu menghukum rakyat dengan tidak memberi kesaksamaan harta terengganu harta rakyat dipersilakan.pembuktian ditangan spr dan pisau ditangan menteri besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi nak apa dalam dunia ini bagi pihak umat Melayu. Tanya dia dulu.... Hadi kena cakap dalam dewan negeri dan parlimen. Cakap atas pentas tak guna...

      Delete
  5. begini kah sikap seorang pemimpin bn bagi saya orang seperti ini tidak sepatutnya dipilih sebagai pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah MB!!!...
      itu sepatutnya. Hadi kena berunding dengan MB, apa nak buat dengan kawasan yang PAS pegang....

      Hadi kena bagi Idea.. Idea... Idea...

      Delete
    2. Kami mahu Hadi bantu negeri Terengganu!!!!

      Delete
    3. Hadi beri pandanganmu!!!!

      Delete
  6. Itu cara yang sesuai untuk ingat pemimpin POLITIK.... jangan hidup atas pentas dan beri ceramah sahaja.

    Sejak bila Melayu mampu berjaya sebab duduk dengar CERAMAH?

    ReplyDelete
  7. ya la dah hak mat said kata.tok wakil hak menang la kena cara kawasan dia.

    ReplyDelete
  8. Mohd Iskandar kutti12 May 2013 at 18:05

    komen bodoh yang membenarkan kata kata madet bahawa yang bodoh aje menghuni umporno.ahmad said memerintah Terengganu atas kuasa kerajaan.perbelanjaan bukan atas duit umporno tapi duit rakyat.jelas mentaliti bebudak yang mengetuai Terengganu.amat malang sekali.jelas pertuturan MB yang tak bertanggungjawab.BODOH PUNYA MB

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist