KUALA LUMPUR 18 MEI : Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan di Bangsar Utama, hari ini.
Menulis di twitternya petang ini, Adam memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis Jinjang.
Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh lebih 10 anggota polis
berpakaian biasa di hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.
Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30 petang.
Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum
selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei
lalu.
Sementara itu, beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa
merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang
jam 8 malam ini.
Kumpulan itu turut menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli di laman
twitter untuk memberi tekanan kepada pihak polis segera membebaskan
aktivis mahasiswa tersebut.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52171
Kelantan: Mayat wanita bertudung tersangkut pada 'taut'
39 minutes ago