Kami menerima banyak rungutan demi
rungutan daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang merasakan terbeban
dengan bebanan tugas yang dihadapi oleh mereka sekarang.
Ada juga kedengaran di mana kerajaan
Malaysia ada memandang serius dengan dengan permasalahan yang melanda
dikalangan guru Malaysia sekarang sehingga ada tertubuhnya jawatankuasa
khas dengan tujuan “murni” bagi mengkaji bebanan tugas guru Malaysia.
Malangnya…..
Malangnya sejak tertubuhnya jawatankuasa
tersebut sejak tahun 2010 lagi sehingga sudahpun menginjak tke tahun
2013, masalah beban tugas guru dikatakan masih lagi belum berjaya
diselesaikan.
Sumber : Utusan Malaysia
Sumber : Berita Harian
Malah, tidak selesai masalah beban tugas
guru sebelum ini datang pula beban tugas yang lain pula apabila
kalangan guru merasakan sejak akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan
pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online.
Jikalau sebelum ini guru-guru hanya
perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod. Sekarang? Macam-macam.
Itu aduan dan luahan kalangan guru di Malaysia
Aduan Guru : Senarai Tugas Guru Malaysia Sekarang?
- Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi.
- Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah tanggungjawab guru-guru
- Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.
- Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah. Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.
- Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya.
- Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’
- Guru-guru perlu melakukan kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi.
- Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi.
- Ada nak tambah lagi?
Sehinggakan kalangan guru merasakan
dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk guru-guru inimembuat
persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?
“Betulah kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman”
Kenalan-kenalan guru online dari
negara-negara maju seperti Singapore, Korea Selatan, Jepun, Jerman dan
juga USA sendiri “tabik hormat” dengan kalangan guru-guru Malaysia
melihatkan beban tugas yang ditanggung mereka. Segala tugas diletakkan
di atas bahu seorang insan yang menggalas profesion guru di Malaysia.
Bagi kami adalah lebih baik daripada
menghadap sistem yang tidak sistematik dan membazir masa termasuklah
melaksanakan sistem yang berulang-ulang seperti yang ada sekarang,
adalah lebih baik berikan ruang masa untuk kalangan guru fokus meningkatkan cara pengajaran dan teknik pembelajaran bagi menghasilkan kalangan pelajar yang lebih berkualiti dan berdaya saing
Sebentar, sepengetahuan kami :Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip seeloknya diserahkan kepada kerani.“Ia sepatutnya tidak dipanggil atau dikenali dengan sistem selagi ia masih tidak sistematik”
Ataupun, kerajaan perlu mengambil lebih
ramai kakitangan sokongan termasuklah mengambil kalangan graduan
berjumlah berpuluh ribu yang masih menganggur di luar sana menggalas
tugas sebagai pembantu guru bukannya kerani. Sekadar cadangan daripada
kami.
P/S : Hakikatnya, kami lebih gemar jika
guru yang diambil utnuk mendidik anak bangsa kita adalah dinilai
berdasarkan kebolehan mengajar,kreativiti, keinginan semula jadi ingin
mengajar bukanlah meletakkan profesion guru sebagai pilihan kedua
selepas masih tidak mendapat kerja melalui jurusan yang diambil. Apa
respon balas anda pula?
- berita semasa
Bgs juga isu ini diutarakan....mmg beban sgt...tambahan lg ialah jpn ppd dan pengetua yg gila dn mengaggap guru mcm org gaji...siap ugut guru bg markah skt rendah dan mcm2 lg...mereka ni dok gila ke nama dan pangkat paksa cg buat fail menimbun pastu ada masalah bkn nk backup tp hentam cg...kl pakatan mng harap rombak pendidikan mereka yg gila ni ptt hospital tsmpoi....
ReplyDeleteTbhkan jk kaji bbn guru khak ptuih nk tubuh tp mkn byk bbn baik x pyhlah nk sdpkan hati cg...skrg di sekolah byk kertas dibazirkan buat mcm2 fail sampai tandas pun ada fail pastu satu tugas 3-4 fail....skrg mmi pulak huhuhu cg mkin ditekan oleh keje yg x sepatutnya hasil kegilaan pentadbir utk nama dan pangkat...
ReplyDeleteTukar kerajaan buat sistem baru lg bgs...selagi org sama mentaliti pun sama dok tkn sistem fail tp pelajar hancor...sudahlah pak menteri kl btol2 ikhlas nk kurangkan bbn cg buatlah bkn dok tbh jk...jgn ingat cg ni robot cg ni manusia bkn hamba cg pon ada life so jgn ingat hidup cg ni sampai mampos kat sekolah...bodo
ReplyDeleteTugas guru skrg bkn stkt mengajar..ni senarai tugas guru di sekolah iaitu tukang kebun tkg cat sapu tkg jg tandas kantin stor babbysitter pencacai tukang buat line pdg tkg gunting buruh kasar pengawal sekolah hamba pentadbir tukang masak,kambing hitam,tukang paip kerani jurukamera juruteknik tukang angkat fail susun kerusi penyambut tetamu waiter dan tukang angguk.....kegilaan pentabir yg inginkan nama melahirkan guru yg cemerlang sbg pembodek dan penjilat....org atas tolong ambik tindakan segera jika x mahu guru tetekan dan prestasi budak merudummm
ReplyDeleteGuru memang banyak tugas kalau mahu kurang kerja kita tunggu Lim Guang Eng jadi menteri pelajaran
ReplyDeleteLim guan eng dah jd menteri besar..takkn nak harapkn dia aje..
ReplyDeleteTOLONG HAPUSKAN SISTEM PBS YANG TAK MASUK AKAL DAN AMAT MEMBEBANKAN GURU.MENTERI YG TUBUHKN PBS DPT GAJI PULUH RIBU GUNA AIR LIUR JE.KAMI GURU MCM NAK GILA BUAT BENDE
ReplyDeleteBANGANG SEMUA NI,
sangat setuju..
ReplyDeleteINI KALI LAH...
ReplyDeleteassalamualaikum .saya cadangkan..
ReplyDeletesetiap sekolah ada nurse sendiri- yg memang bertugas kat sekolah.. =)
walaupun diutarakan beribu-ribu kali, tapi hakikatnya masih sama!
ReplyDeletetukar krajaan tak mestinya sistem pddikan akan ditukar sbb nak tukar sesuatu itu bukan nya senang ,mcm ckp pakai air liur aje,mslh skarang penasihat kpd menteri itu yg byk sgt buat tak btul,pak menteri pulak pcayo 100% apalagi semuanya betul.....
ReplyDeleteye ke guru terbeban sgt....aku nengok majoriti guru balik selepas kul 2 ptg tiap hari...yg stay sampai 4.00 ptg boleh kira dgn jari..jemput datang program sekolah kalau tak di tegas tak nak dtg..
ReplyDeletedari pengalaman saya...isi data online bukan keje yg sukar sgt..betul ade kalanya line lambat...tapi lebih dari cukup masa utk isi data secara online...pbs dah siap borang dan panduan...yg masalahnnya ramai guru tak nak ikut prosedur...tak nak fahami aturannya....tak nak ikut guna borang secara terancang...isi markah dan gred pakai kwertas sebarangan...akhirnya bila masa isi dah gelabah...
wahai guru semua
muasabah diri dan pekerjaan secara rasional
kurangkan bercakap dan mengadu tak tentu hala
lebihkan berkerja dgn kesungguhan
jaga waktu berkerja dgn konsisten
aku cikgu lama.....
ReplyDeletedah dekat 30 tahun aku mengajo tapi alhamdulillah stakat ni aku masih lagi x jemu-jemu mencurahkan tenaga dan idea untuk kejayaan pelajar aku....tapi ramai yang masih tak paham jiwa seorang pendidik...mengajar, murid adalah satu kepuasan...perubahan dasar pendidikan yang berlaku seolah 'experimen' yang tiada kesudahan....sepatutnya setelah 50 tahun merdeka sistem pendidikan kita dah stabil...letakkan guru di tempat yang betul...mengajar,mendekati murid yang bermasalah, merancang kaedah pengajaran yang terbaik, mendidik dengan berkesan ...terasa nikmat dan kepuasan mengajar semakin terhakis....
semua sekolah mengejar NKRA, New Deal..akibatnya ada sekolah yang sanggup menipu laporan...sehinggakan semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna..bahkan siap ada program tambahan lagi..PBS semua band 6...ye ker??
ReplyDelete