TERTUDUH yang merupakan
warga Filipina mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan yang
dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman dan Hakim Ahmad Sazali
Omar.
Beliau merupakan Seorang
lelaki Sulu dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA) dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini kelmarin atas
tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan menetap secara haram di negara ini.
Iskandar Azlan Al Shah Mohd.
Nazal Al Shah, 33, yang ditahan di bawah SOSMA kerana mempunyai kaitan dengan
pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah didakwa di Mahkamah Majistret di
sini atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan di Mahkamah Sesyen kerana
memasuki negara ini tanpa dokumen sah.
Mengikut pertuduhan pertama,
tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan dengan maklumat pengenalan diri palsu
menggunakan surat beranak milik Sharif Abdilla di No. 19, Jalan Seri Mangga
2/5, Taman Seri Mangga, di sini pada pukul 7 malam, 8 Mac lalu.
Dia didakwa di bawah
Peraturan 25(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak
lebih RM20,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya,
Shahidani Abd. Aziz yang mengendalikan pendakwaan memohon agar tertuduh tidak
dibenarkan diikat jamin kerana dia ditahan di bawah SOSMA dan merupakan warga
asing. (UM)