Pertembungan terhebat pilihanraya kali ini sah berada di Johor!
Pengerusi Barisan Nasional (BN )negeri, Abdul Ghani Othman terpilih
sebagai calon BN di Gelang Patah, bakal bertembung dalam persaingan yang
dijangka sengit dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.
Pencalonan Ghani dibuat bersama pelancaran manifesto BN Johor di sebuah hotel di Johor Bahru pagi ini.
Bagaimanapun, jentera BN diselubungi boikot apabila pemimpin MCA Gelang
Patah menghentikan kerja kempen sebaik mengetahui Umno merampas kerusi
itu dari tangan mereka.
Ini disahkan oleh laporan beberapa sumber yang memetik mereka sebagai
berkata, BN pasti akan menyesal dengan keputusan meletakkan Ghani
berbanding calon pilihan Jason Lim.
Senarai penuh calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu turut diumumkan hari ini.
Sementara itu, BEKAS Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin akan
berpindah daripada kerusi Parlimen Pasir Gudang ke DUN Permas, membuka
kemungkinan beliau sebagai calon menteri besar menggantikan Ghani.
Veteran Umno Shahrir Samad akan mempertahankan Parlimen Johor Bahru
sementara bekas ketua Puteri Umno Azalina Othman ditugaskan
mempertahankan Parlimen Pengerang.
Shahir akan ditentang calon KEADILAN, Jeneral (B) Md Hashim Hussein
manakala Azalina pula bakal berdepan dengan Anis Afida Mohd Azli.
Parlimen Putrajaya pula menyaksikan Naib Presiden PAS, Husam Musa bakal
ditentang BEKAS penyandang yang dicalonkan semula di saat akhir, Adnan
Mansor.
Adnan diletakkan semula setelah Zaki Zahid menarik diri tanpa sebab.
Bagi kerusi parlimen Lembah Pantai, bekas penyandang, Nurul Izzah Anwar
dijangka menghadapi tentangan sengit dari Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin.
Nurul yang juga Naib Presiden KEADILAN menang dengan majoriti 2,895 undi menewaskan Shahrizat Jalil dalam pilihanraya umum lalu.
Sementara itu seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan
berdepan dengan BEKAS penyandang kerusi parlimen Pulai, Nur Jazlan
Mohamed setelah namanya lulus dalam saringan keempat dan terakhir.
BEKAS penyandang kerusi parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali pula sah tidak
dicalonkan mewakili BN setelah namanya tiada dalam senarai menurut
laporan akhbar dalam talian berbahasa Inggeris, The Star Online.
Nun jauh di utara, BEKAS penyandang kerusi parlimen Padang Besar, Azmi
Khalid digugurkan bagi memberi laluan kepada Zahidi Zainol Abidin dari
Umno menentang calon PAS, Azamhari Mahmood.
Bagi parlimen Pensiangan, presiden PBRS, Joseph Kurup pula sekali lagi
dicalonkan bertanding di parlimen itu dan lawannya ialah Dr Richard
Gunting dari KEADILAN.
BEKAS menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein pula akan berdepan pula
dengan calon KEADILAN, Onn Abu Bakar yang terus menggerakkan jentera
kempen Pakatan Rakyat di parlimen Sembrong.
Onn yang dihubungi sebentar tadi mengalu-alukan kesediaan Hishammuddin untuk bertanding secara sihat dan bermoral. /~jalan pulang
Berita berkaitan:
Lembah Pantai, Putrajaya dan Bandar Tun Razak akan menjadi tiga kerusi
Parlimen yang paling menarik tumpuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5
Mei ini.
Di Lembah Pantai, Menteri Pembangunan Wilayah dan
Pembangunan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sah akan bertembung
dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor akan mempertahankan Putrajaya daripada asakan Naib Presiden PAS Husam Musa.
Manakala
Ketua Pemuda MCA Bandar Tun Razak Tan Kok Eng menjadi calon Parlimen
itu bagi menentang Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pertembungan itu disahkan ekoran pengumuman calon BN oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini.
Senarai penuh calon BN di Wilayah Persekutuan seperti berikut:
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
A Chandrakumanan (Kepong)
Dr Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
Teoh Chee Hooi (Cheras)
Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)
Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
Rozman Isli (Labuan)
-malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
Ajaran sesat puja mayat4 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-