Friday, 26 April 2013

Pakatan Rakyat Dijangka Berjaya Dapat Majoriti 2/3 Kerusi Parlimen? Dan Perlembagaan Malaysia Akan Dirombak!! Senjata Sudah Makan Tuan

Hairan melihat Tun Mahathir sama-sama terus membanting tulang meraih undi anda, anda semua menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri sebelum Datuk Najib pun, kurang kelihatan kelibatnya. Semakin dekat PRU13, semakin galak Tun Mahathir berpolitik….
Perlembagaan Malaysia 1983
Ya…Berita Semasa bersetuju dengan apa yang boleh kami katakan sebagai “amaran” daripada Tun Mahathir Mohamad, andaikata Pakatan Rakyat memerintah, dan berjaya memiliki majoriti 2/3 parlimen. Macam-macam yang boleh dipinda…
  • Inilah antara kesan yang boleh berlaku ketika pindaan perkara 66 diluluskan.
  • Apa yang boleh kami cakapkan di sini,  senjata sudah mula makan tuan…
Pindaan Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
Sumber : Perlembagaan Malaysia
Masih ingatkah lagi Tun Mahathir? Sejarah di mana berlakunya sejarah penting negara kita yang tidak akan dijumpai dalam mana-mana buku teks sekolah anak-anak muda hari ini di mana kuasa Raja-raja Melayu telah dilucutkan sewenang-wenangnya melalui pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang)? Siapa yang mansuh perkara 66 fasal (4) dalam Perlembagaan Malaysia? Siapa?

Pada asalnya Fasal (4) digantikan oleh Akta A584, seksyen 2, berkuat kuasa dari 20 Januari 1984. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:
  • “Fasal (4) : Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu Rang Undang-Undang dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan Rang Undang-Undang itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan Rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-undang.”
  • Fasal 66 (5) : Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.”
  • Sekarang? Yang Dipertuan Agong ada kuasa mutlak lagi atau tidak?

Kronologi Ringkas Krisis Perlembagaan 1983

 

  • Pasa asalnya, kerajaan Malaysia telah mula membuat pindaan secara rahsiake kabinet dan kemudiannya ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.
  • Sedangkan menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan: “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • Beberapa pindaan lain berlaku dicatatkan sebagai Krisis Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja Melayu)
Kami tidak menidakkan perlembangan tidak dipinda? Sejarah Malaysia sudah membuktikan perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara Malaysia mengatasi parlimen, tetapi parlimen tetap ada kuasa untuk membuat pindaan kepada perlembagaan mengikut kuasa-kuasa yang telah diperuntukkan.
  1. Bukan mudah untuk pinda perlembagaan Malaysia tetapi tidak mustahil dengan bersyarat
  2. Antaranya mesti mencapai persetujuan majoriti 2/3 suara ahli parlimen di dewan rakyat
  3. Adakah Tun Mahathir merasakan…………….?
Walaubagaimanapun, menurut artikel 159 perlembagaan Malaysia, undang-undang yang digubal untuk mengubah sesetengah perkara dalam perlembagaan tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis raja-raja Melayu walaupun mendapat majoriti 2/3 di perlimen termasuklah :
  • Perkara 38 (4) : Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja
  • Perkara 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Perkara 153 : Hak keistimewaan orang Melayu
  • Perkara 159 bahagian III : Hak kewarganegaraan Malaysia
  • Dan lain-lain seperti di bawah ini….
Isu Perlembagaan Malaysia
Sumber : Perlembagaan Malaysia
Pada pandangan Berita Semasa, kuasa perundangan Yang DiPertuan Agong atau Raja-Raja Melayu perlu dikembalikan semula selepas dilucutkan dalam krisis perlembagaan 1983 (pinda semula Perkara 66). Sepatutnya Yang Dipertuan Agong & Majlis Raja-raja Melayu yang diberikan kunci amanah bagi menjaga kestabilan dan keamanan negara, bukannya orang politik. Syaratnya?
  • memerlukan undi majoriti dua per tiga Ahli Dewan Rakyat untuk kelulusan
  • Ataupun raja-raja yang boleh meminta supaya kuasa itu dikembalikan kepada mereka dan kami yakin kalau raja yang minta pasti majoriti rakyat Malaysia akan menyokongnya
  • Berita Semasa yakin, dengan peranan Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu diperkukuhkan lagi dapat menjamin kedudukan orang Melayu amnya dan kestabilan negara umumnya

Apa pendapat anda pula? Bersetuju atau tidak supaya fasal-fasal bagi Perkara 66 contohnya dikembalikan kepada asal?


-berita semasa 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)