Oleh: Shahbudin Husin
Diantara sekian banyak poster yang memaparkan gambar Najib yang kini
mula dipasang bertebaran di seluruh negara, poster yang agak pelik
ialah memaparkan gambar beliau beserta tulisan besar diatasnya Undi
Perdana Menteri! dengan gambar undi dacing pula di bahagian bawahnya.
Di sekitar jalan strategik di Kuala Lunpur dan Selangor, poster Najib
bertulis Undi Perdana Menteri! ini yang kelihatan paling menonjol
berbanding gambar-gambar Najib lainnya. Ia juga dipasang agak banyak
berbanding posternya yang lain, selain bendera-bendera dacing turut
kelihatan banyak di pasang di kiri kanan jalan-jalan utama.
Sebagai Pengerusi BN, sebenarnya adalah biasa gambar-gambar Najib
dipasang di seluruh negara sebagai membuktikan pengiktirafan BN terhadap
beliau sebagai pemimpin utamanya. Di zaman Mahathir dan Pak Lah juga,
gamnbar-gambar mereka turut dipasang di seluruh negara beserta
poster-poster lainnya.
Selain itu, gambar-gambar itu juga bertujuan untuk menaikkan semangat
ahli dan penyokong BN semasa tempoh kempen ini. Tetapi meletakkan
tulisan Undi Perdana Menteri! beserta gambar Pengerusi BN untuk
dijadikan poster merupakan perbuatan yang tidak pernah dibuat oleh
mana-mana Pengerusi BN sebelum ini.
Selalunya poster dalam pilihanraya hanya ditulis perkataan yang
menunjukkan arah perjuangan dan bentuk negara yang ingin dibawa serta
tidak melibatkan kepentingan jawatan atau peribadi. Slogan dalam poster
biasanya lebih untuk masa depan negara seperti "Untuk Malaysia Yang
Lebih Baik", "Harapan Rakyat" dan yang senada dengannya. Di zaman Pak
Lah misalnya, posternya hanya ditulis perkataan "Cemerlang, Gemilang,
Terbilang" dan lain-lain slogan yang menjadi intipati perjuangannya
ketika itu.
Di zaman Mahathir juga, walaupun beliau terlihat ghairah terhadap kuasa
tetapi beliau tidak tergamak menulis posternya dengan tulisan Undi
Perdana Menteri!. Mahathir pun tahu menyimpan niat sebenar dalam
hatinya.
Tindakan Najib berbuat demikian tidak lain membuktikan kerakusan dan
keghairahannnya terhadap jawatan Perdana Menteri itu sendiri. Memanglah
semua orang tahu jika BN menang, beliaulah yang akan dilantik sebagai
Perdana Menteri tetapi pemimpin lain tidak pernah menunjukkkan
keghairahan itu secara melampau dan terbuka.
Sementara beliau kerap menuduh Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa dan
semata-mata ingin menjadi Perdana Menteri, Najib akhirnya telah
mendedahkan hakikat perjuangan dirinya yang sebenar. Mengejar dan
mengekalkan jawatan Perdana Menteri adalah matlamat utama beliau yang
sebenarnya.
Dalam masa yang sama, tergamaknya Najib membuat poster sedemikian rupa
dan memasangnya di seluruh negara juga membuktikan beliau amat takut
kehilangan jawatan itu. Beliau bukan saja takut kehilangan jawatan itu
kepada Anwar jika Pakatan Rakyat mampu menguasai lebih daripada 112
kerusi Parlimen tetapi Najib juga terlihat takut kepada pesaingnya dalam
UMNO sendiri.
Dalam pilihanraya yang paling getir ini, di ketika beliau sedang
bertungkus-lumus memastikan kemenangan BN, suara-suara juga sudah mula
kedengaran bahawa Najib seharusnya juga dengan rela hati berundur jika
beliau gagal mencapai majoriti dua pertiga. Jika Pak Lah disingkirkan
kerana hanya mampu menang 140 kerusi pada 2008, Najib juga harus berbuat
demikian jika jumlah kerusi yang mampu dicapainya kali ini kurang
daripada itu.
Dengan meletakkan matlamat mengekalkan jawatan Perdana Menterinya kali
ini, Najib juga jelas dilihat amat terdesak kali ini. Cabarannya bukan
saja daripada Pakatan Rakyat dan rakyat yang menolaknya tetapi juga
daripada penyokong UMNO sendiri yang turut menolaknya.
Tuhan kini sudah mula menunjukkan siapa Najib yang sebenarnya. Dalam dia
ghaiarah menuduh orang lain semata-mata ingin menjadi Perdana Menteri,
hakikat yang ada dalam dirinya tersembul akhirnya. Dengan keghaiaran
Najib hanya semata-mata untuk mengekalkan jawatan Perdana Menterinya,
perjuangan dan matlamat BN terhadap rakyat nampaknya mulai tidak penting
lagi.
BN dalam fasa akhir menjelang rakyat membuat penentuan 5 Mei ini
hanyalah alat untuk Najib meminta nyawa daripada pengundi supaya beliau
terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri. Kerusi Perdana Menteri
adalah matlamat utamanya.
Di sebalik tindakan Najib selama empat tahun ini memperguna baanyak
keistimewaan jawatan Perdana Menteri itu untuk kepentingan keluarga,
anak-anak dan kroninya sehingga menjadi perbualan rakyat, tindakan
beliau secara terus-terang meminta nyawa kali ini menjadikan lebih ramai
yang berbelah bahagi terhadapnya. Ini kalilah!! (SH 22/04/2013)
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-