.

Saturday, 27 April 2013

Calon wanita KEADILAN Bukit Chandan dikepung, diugut samseng tua BN

PERAK 27 APRIL: Calon wanita KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, Fathmawaty Salim dikepung dan diugut sekumpulan samseng ‘tua’ ketika berkempen bersama jentera parti di kawasan tersebut.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa beliau bersama sekumpulan wanita mengedarkan risalah Manifesto Pakatan Rakyat dari rumah ke rumah untuk menerangkan kepada wanita mengenai Agenda Wanita Malaysia (AWM).

“Semasa memasuki kampung di Bukit Residen dalam DUN tersebut, kami dikepung lapan motorsikal yang semua pemandunya golongan berumur. Mereka ugut supaya kami keluar dari kampung itu, jika tidak mereka akan lapor polis.

“Walaupun kita bercakap secara baik, mereka tetap berkeras. Kerana tidak mahu berlaku perbalahan dan cetuskan huru-hara, kami akur dan keluar dari kampung itu,” katanya kepada Keadilan Daily.

Fathmawaty berkata, beliau turut diserang Penghulu Kampung Jenalik yang menghamburkan kata-kata penghinaan apabila membandingkan Pakatan Rakyat dengan Israel.

“Penghulu berkenaan sanggup cakap benda paling dibencinya adalah Pakatan dan beliau lebih menyukai Israel jika dibandingkan kedua-duanya.

“Saya cuba perbetulkan, tapi dia tetap juga memarahi saya dan tidak endahkan apa yang saya cakap,” kata Fathmawaty yang juga Ketua Wanita KEADILAN Perak.

Sekalipun berdepan ugutan penyokong BN, Fathmawaty tidak gentar terus berjuang untuk menumpaskan parti itu.

Katanya, kempen yang berbaki lapan hari sebelum hari pengundian akan diteruskan untuk bertemu rakyat dengan program ceramah kelompok dan penerangan tawaran manifesto.

“Alhamdulillah, setakat ini kita teruskan kempen dari rumah ke rumah, termasuk ceramah kelompok setiap malam. Saya nampak perubahan apabila rakyat semakin hari semakin ramai datang dengar ceramah.

“Ini terbukti Pakatan sudah diterima sehingga boleh masuk ke kampung-kampung kubu BN. Saya yakin orang muda bersama Pakatan, sambutan daripada mereka amat memberangsangkan,” kata beliau./~KD

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
ORANG TUA BN INI ANAK OTAK UDANG MASIH DALM KUB AYAM
Asam garam berkempen. Jangan risau. Gulongan saluran satu tu dah tak ramai, sesetengahnya langsung tak sempat nak mengundi pun. Teruskan usaha mendekati pengudi dengan gigih, biarkan puak2 totok umno tu diserang sakit jantung. makin ramai yang mampos makin banyak undi BN hilang.
Ibn AbdHalim's avatar

Ibn AbdHalim · 636 weeks ago

Itulah jadinya kalau terlalu lama dimandomkan minda oleh UMNO. Golongan ini tak dapat mengguna akal dengan sempurna. Kadang-kadang kita kesian pada mereka tapi semasa pilihanraya begini rasanya perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan. JIka mereka ugut nak repot polis calon PR tersebut harus terlebih dahulu buat laporan sebab kelakuan mereka bercanggah dengan semangat perlembagaan negara dan juga undang-undang tubuh negara yang mengamalkan sistem demokrasi perlarlimen. Ini adalah perbuatan orang mundur dan sangat jauh dari amalan manusia bertamadun. Kalau mereka mengaku beragama Islam maka lebih teruk dari puak-puak mundur di pedalam negara dunia ketiga sekalipun. Mereka lebih mudur dari Petani di pedalaman Zimbabwe atau Kongo.
Mungkin kena usir pasal dok tipu banyak kot - PKR dibenci semata mata kerana Anwar sang Peliwat - kalau tidak tentu ada peluang besar untuk menang
1 reply · active 636 weeks ago
Mana hang tau dia peliwat.dia pernah meliwat hang ka...bangan punya statement

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist