.

Monday, 22 April 2013

Bukan 22 tetapi 61 calon bebas Umno | Ini kali lah...

.
KUALA LUMPUR: Bukan 22 tetapi 61 ahli Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana bertanding atas tiket bebas.

Kamilia bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar manakala Shariff, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datuk Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan Dun Senallang di Sabah.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang diberi laluan percuma untuk bertanding satu lawan satu dengan calon PAS, timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Mat, merayu agar Lembaga Disiplin Umno supaya tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa.

Che Johan sengaja tidak menyerahkan borang ketika hari penamaan calon di Pasir Mas kerana menganggap Ibrahim sebagai ‘ayah’nya.

Ahmad Rithaudeen berkata tiga anggota Umno akan dipanggil untuk menjawab kegagalan mereka menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas/~harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist