Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju
ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang
menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka
hari ini.
"Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan
keselamatan. Mereka sudah mahir dengan kawasan tersebut kerana mereka
dilatih di sana pada masa lalu," kata Muhajab Hashim, pengerusi Majlis
Perintah Islam MNLF.
"Kami menjangka lebih ramai daripada mereka
akan menyertai (pertempuran) walaupun jika arahan rasmi kita adalah
supaya mereka mengelak pergi ke sana," katanya.
Beliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi
kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini,
"ribuan" telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200
pengikut kesultanan Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.
Majlis
Perintah Islam MNLF menyelia semua pasukan tentera MNLF, untuk
melucutkan senjata sebagai sebahagian daripada perjanjian damai 1996
tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya.
Hashim berkata walaupun
pemimpin MNLF tidak secara rasmi mengarahkan pengikut mereka belayar ke
Malaysia, tetapi mereka menyokong penuh usaha Sultan Sulu menuntut
Sabah.
"Pejuang MNLF taat kepada sultan, kita adalah pengikut.
Jadi ia lebih daripada satu pakatan," katanya. "Kami menentang keras
serangan terhadap saudara kami dari Sulu."
Pasukan keselamatan
Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-besaran semalam
selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu di
situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan
sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.
Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara.
MNLF
diasaskan pada tahun 1960-an oleh Nur Misuari yang memperjuangkan untuk
wilayah Islam di Mindanao dan pernah mendapat sokongan dari Malaysia.
AFP / M'kini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-