.

Thursday, 7 March 2013

Berita terkini Lahad Datu 7 Mac 2013 – Jamalul Kiram III melenting pengikut dilabel pengganas?

Rata-ratanya bersetuju apabila pengikut individu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III,digelar pengganas,ekoran apa yang telah kumpulan itu lakukan di Sabah sehinggakan mengorbankan nyawa pasukan keselamatan Malaysia

Namun,tidak kepada Kiram,malah beliau menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan media antarabangsa

Masih berpegang dengan pendirian berpaksikan sejarah dahulu kala,Kiram mendakwa para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka (Sabah)
Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas?,kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM
Malah portal berita  online Filipina Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah

Sebelum ini Setiausaha Luar Filipina, Albert Del Rosario turut bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas

Laporan turut menyebut,Jamalul Kiram sekali lagi menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri

Beliau turut beranggapan para pengikutnya selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia
Sorotan informasi selanjutnya menyusul

1 comment:

  1. MANUSIA APA JENIS SI kiram ini.SATU DUNIA TAHU NENEK MOYANG DIA DAH JUAL DAN SERAHKAN NORTH BORNEO KEPADA BRITISH UNTUK SELAMANYA.TANAH APA YANG DIA MAKSUDKAN, NORTH BORNEO NENEK MOYANG DIA SUDAH TAK WUJUD ,TANAH YANG DIA CEROBOHI ITU ADALAH TANAH SABAH MALAYSIA YANG BEBAS DAN BERDAULAT.MENGAKU ISLAM TAPI PERBUATAN BIADAB SEPERTI ZIONIS,SEMBELIH ORANG SESUKA HATI LEPAS ITU BUAT TAKTIK KOTOR,ISYTIHAR GENCATAN SENJATA,BAKAR KEMENYAN NAK LEPASKAN DIRI.SEBAGAI sultan DIA SEPATUTNYA BERFIKIR DAN BERUSAHA MEMAJUKAN BANGSA DAN RAKYATNYA SENDIRI, BUKAN IRIHATI DAN MENGACAU BANGSA DAN NEGARA LAIN YANG CINTAKAN KEAMANAN.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist